TANJONG 12 Ogos – Gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang selepas menang pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15). Setakat pukul 10 malam gabungan itu berjaya memenangi majoriti 29 kerusi daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berdasarkan keputusan rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dengan kejayaan itu, kerajaan negeri pimpinan PH terus kekal mentadbir negeri buat penggal keempat berturut-turut. Pada PRN ini, DAP mendominasi 19 kerusi DUN apabila kesemua calon mereka yang bertanding menang dengan majoriti besar sekaligus menyumbang kemenangan gabungan PH-BN di Pulau…
Read MoreDay: August 12, 2023
Mahfuz kalah lagi, Radhi Mat Din menang
SIK 12 Ogos – Bekas pemain bola sepak Kedah Muhamad Radhi Mat Din yang mewakili Perikatan Nasional (PN) berjaya mengalahkan Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu. Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mahfuz yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah kalah dengan majoriti 10,104 undi. Muhamad Radhi memperoleh 18,936 undi manakala Mahfuz memperoleh 8,832 undi. Kedua-dua mereka pernah bersaing pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 di kerusi Parlimen Pokok Sena yang menyaksikan Mahfuz menang dengan majoriti 5,558 undi. Bagaimanapun pada…
Read MorePN sapu bersih kerusi Terengganu
MARANG: Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan Negeri Terengganu selepas menang semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini. Pada masa yang sama, PN juga mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini apabila Datuk Amzad Hashim berjaya mempertahankan kerusi itu. Beberapa kubu kuat Barisan Nasional (BN) juga ditembusi PN melalui gelombang hijau dan sokongan golongan muda yang menyaksikan dua bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman tewas.. Pada Pilihan Raya…
Read MoreReezal Merican tebus kekalahan
KEPALA BATAS 13 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Reezal Merican Naina Merican menebus kekalahan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu apabila memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam dengan majoriti 2,321 undi. Bekas Ahli Parlimen Kepala Batas itu memperoleh 10,453 undi menewaskan penyandang Khaliq Mehtab (PN) yang mendapat 8,132 undi. Pada PRU lalu, Reezal Merican yang mewakili Parlimen Kepala Batas sejak 2013 gagal mempertahankan kerusi itu selepas tewas kepada calon PN-Pas, Siti Mastura Mohamad dengan majoriti 2,867. Siti Mastura memperoleh 28,604 undi manakala Reezal Merican 25,737 undi dan…
Read MoreKon Yeow kekal Padang Kota
TANJONG 12 Ogos – Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berjaya mempertahankan kerusi Padang Kota untuk penggal keempat berturut-turut, dengan memperoleh 8,261 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini. Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 8.43 malam, Chow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) H’ng Khoon Leng yang mendapat 1,145 undi. Ahli Parlimen Batu Kawan itu merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota sejak 2008. Kon Yeow dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Pulau Pinang jika PH berjaya…
Read MorePN menang Sungai Burong
KLANG 12 Ogos – Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini. Calon PN, Dr Zamri Mantop menang dengan majoriti 6,842 undi dengan jumlah 15,447 undi meninggalkan calon Barisan Nasional (BN), Ustaz Khir yang mendapat 8,605 undi.
Read MorePH-BN bentuk kerajaan Negeri Sembilan
SEREMBAN 12 Ogos – Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan di Negeri Sembilan selepas mendapat majoriti dua pertiga dengan memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Kerusi yang dimenangi ialah DUN Chennah, Pertang, Sungai Lui, Klawang, Bahau, Lenggeng, Juasseh, Nilai, Lobak, Temiang, Sikamat, Ampangan, Pilah, Bukit Kepayang, Rahang, Seremban Jaya, Lukut dan Repah. Turut tersenarai Sri Tanjong, Chembong, Gemencheh, Seri Menanti, Jeram Padang, Palong, Rantau, Mambau, Senaling, Johol, Kota, Chuah dan Linggi. Manakala Perikatan Nasional (PN) menang di Labu, Paroi, Bagan Pinang, Gemas dan Serting.…
Read MoreKekalahan berganda Ahmad Said
KEMAMAN 12 Ogos – Bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said mengalami kekalahan berganda apabila beliau gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu Ahmad Said tewas bagi kerusi Parlimen Kemaman kepada calon Pas Che Alias Hamid dengan majoriti 27,179 undi. Pada PRN hari ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu itu tewas kepada Ketua Badan Pimpinan Bersatu, Datuk Razali Idris yang menang dengan majoriti 3,758 undi dalam pertembungan satu lawan satu. Razali berjaya memperoleh 13,403 undi manakala…
Read More2 peti undi tidak ditutup sempurna
TANJONG : Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Terubong, Andrew Ooi mendakwa dua peti undi di kawasan ditandinginya tidak ditutup dengan sempurna. Katanya, satu peti undi dikesan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Relau, di sini, kira-kira pukul 11.30 pagi manakala satu lagi membabitkan peti undi di Dewan Komuniti Blok 4E Semarak Api, di sini. Oii mendedahkan demikian ketika tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut kira-kira pukul 3 petang ini. “Satu peti undi di Dewan Komuniti Blok 4E Semarak Api…
Read MoreSanusi tayang kertas undi
SEPANG 12 Ogos – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, terus mencetuskan kontroversi sehingga hari pengundian apabila secara sengaja menayang kertas undi kepada petugas media. Menurut laporan media, perbuatan beliau itu didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Perbuatannya turut mengundang kritikan pengguna media sosial, yang berkongsi gambar Sanusi mempamerkan pilihannya pada kertas undi berkenaan ketika gambarnya dirakam petugas media, sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak undi SPR. Mengikut akta berkaitan, perbuatan itu adalah satu kesalahan mengikut Perkara (39), yang menyebut – tiada pemilih yang telah mengundi dalam mana-mana…
Read More