MARANG: Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan Negeri Terengganu selepas menang semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
Pada masa yang sama, PN juga mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini apabila Datuk Amzad Hashim berjaya mempertahankan kerusi itu.
Beberapa kubu kuat Barisan Nasional (BN) juga ditembusi PN melalui gelombang hijau dan sokongan golongan muda yang menyaksikan dua bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman tewas..
Pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU14) Pas memenangi 22 daripada 32 kerusi manakala bakinya dimenangi BN.
