KLANG 12 Ogos – Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini.
Calon PN, Dr Zamri Mantop menang dengan majoriti 6,842 undi dengan jumlah 15,447 undi meninggalkan calon Barisan Nasional (BN), Ustaz Khir yang mendapat 8,605 undi.
