Sanusi tayang kertas undi

SEPANG 12 Ogos – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, terus mencetuskan kontroversi sehingga hari pengundian apabila secara sengaja menayang kertas undi kepada petugas media.

Menurut laporan media, perbuatan beliau itu didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Perbuatannya turut mengundang  kritikan pengguna media sosial, yang berkongsi gambar Sanusi mempamerkan pilihannya pada kertas undi berkenaan ketika gambarnya dirakam petugas media, sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak undi SPR.

Mengikut akta berkaitan, perbuatan itu adalah satu kesalahan mengikut Perkara (39), yang menyebut – tiada pemilih yang telah mengundi dalam mana-mana pilihan raya boleh, dalam mana-mana prosiding yang mempersoalkan pilihan raya itu, dikehendaki menyatakan siapa yang telah diundinya.

Akta tersebut selanjutnya menyebut, kesalahan itu boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali.

Related posts

Leave a Comment