KUALA LUMPUR 23 Julai – Jasa dan sumbangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Salahuddin Ayub, dalam Pas tidak pernah dilupakan walaupun kini berbeza wadah perjuangan akan sentiasa dikenang. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan menerusi kenyataan di Facebook, menyifatkan pemergian Allahyarham Salahuddin pastinya menjadi kehilangan besar buat negara. “Semoga Allah memberikan ketabahan, kemudahan buat seluruh keluarga, mengampunkan dan mencucuri rahmat ke atas Allahyarham. “Sesungguhnya kematian itu pasti. Tidak Allah cepatkan atau lambatkan walau sedetik. Ampunkan dia, rahmatilah dia dan sejahterakanlah dia Ya Allah,” kata kenyataan itu.…
Read MoreDay: July 23, 2023
Dikenang sebagai pelopor Menu Rahmah
SALAHUDDIN Ayub, 62 akan turut dikenang sebagai pelopor Menu Rahmah, sejak diberi tanggungjawab menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menu Rahmah, satu menu popular, menampilkan sajian dengan jualan harga mampu milik iaitu RM5 bagi membantu rakyat ketika berdepan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup. Jenama Rahmah mendapat sambutan luar biasa bukan saja rakyat, malah segmen peniaga kecil dan francais yang tampil menyahut dan menyokong usaha tersebut. Bermula dengan menu makanan, ia diperluas kepada penjualan produk lain…
Read More“Salahuddin seorang sahabat yang setia”
KUALA LUMPUR 23 Julai- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub, sebagai satu kehilangan besar. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau amat terkesan dengan kehilangan Allahyarham yang merupakan seorang sahabat yang setia. “Secara peribadi, ia satu kehilangan besar buat diri saya dan keluarga, dan saudara Salahuddin teguh bersama dalam perjuangan yang panjang ini hingga ke akhir hayat. Jasa dan budinya tentu tidak termampu dibalas secara materi. “Beliau dikenali kerana mempunyai sikap keperibadian yang tinggi, sama ada kepada kawan mahupun lawan.…
Read MoreSalahuddin Ayub meninggal dunia
ALOR SETAR 23 Julai – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, kira-kira pukul 9.30 malam ini. Ahli Parlimen Pulai, Johor selama dua penggal itu meninggal dunia, ketika masih dalam Unit Rawatan Rapi HSB. Kematian beliau diumumkan oleh anaknya, Fatihah Salahuddin menerusi perkongsian di Facebook. “Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub, telah menghadap Ilahi pada pada 9.23 malam, 23 Julai 2023,” katanya. Salahuddin meninggalkan seorang balu iaitu Fatimah Taha bersama enam anak. Jumaat lalu, Salahuddin yang juga…
Read More15 muka baharu dicalonkan wakili Amanah
KOTA BHARU 23 Julai – Sebanyak 15 muka baharu daripada 31 kerusi dicalonkan untuk mewakili Amanah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini, kata Presidennya, Mohamad Sabu. Menurut Mohamad Amanah akan bertanding masing-masing sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dan Selangor, Kelantan (tujuh), serta masing-masing dua di Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan. “Dari segi calon pula, seramai 15 adalah muka baharu, masing-masing tujuh calon muda dan wanita, manakala beberapa penyandang dikekalkan. Pemilihan calon muda dibuat berdasarkan sumbangan aktif mereka kepada parti dan…
Read MorePKR Pulau Pinang tampil lapan muka baharu
TANJONG 23 Julai – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menampilkan lapan muka baharu dan mengekalkan lima muka lama untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang pada 12 Ogos ini. Senarai yang diumumkan Presiden PKR Anwar Ibrahim malam tadi juga tidak menyenaraikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pulau Pinang, Nurul Izzah sebagai calon yang sebelum ini dikatakan akan bertanding di Seberang Jaya. Mereka yang digugurkan adalah Timbalan Ketua Menteri 1, Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (Pinang Tunggal) dan Exco Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar serta Kesihatan negeri, Dr Norlela…
Read MoreBerita pilihan…
Penipuan dalam talian seret PM Singapura
SINGAPURA 23 Julai – Perdana Menteri Lee Hsien Loong tidak terlepas daripada menjadi mangsa pemalsuan identiti.apabila ada iklan palsu menggunakan nama dan imej mempromosikan penipuan kripto dan lain-lain penipuan dalam talian. Berikutan itu, Hsien Loong memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak terpedaya jika ada permintaan daripadanya. “Iklan sedemikian saya lihat cenderung muncul selepas ucapan atau pengumuman besar dengan banyak liputan media. Jika iklan itu menggunakan imej saya untuk menjual produk kepada anda atau meminta melabur dalam beberapa skim atau menggunakan suara saya untuk meminta wang, itu bukan saya,” katanya…
Read MorePlot jatuhkan Sanusi sejak 6 bulan lalu?
KUALA KETIL 23 Julai – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa rancangan untuk menangkap dan menjatuhkan kredibilitinya dirancang sejak enam bulan lalu. Beliau mendapat maklumat itu daripada rakan yang memberi amaran bahawa tindakan akan diambil susulan kritikan terbuka kepada pihak tertentu. “Plot untuk tangkap saya sudah dirancang sejak enam bulan lalu, saya tahu dah, saya ada ‘inteligent’ saya, jumpa orang tu pesan jaga-jaga ada orang nak buat (sesuatu) kepada saya. “Untuk keselamatan, saya ada pistol dalam kereta 24 jam, ada dua kelopak, 14 peluru satu kelopak, 24…
Read More