Jasa Salahuddin bersama Pas tidak dilupa

KUALA LUMPUR 23 Julai – Jasa dan sumbangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Salahuddin Ayub, dalam Pas tidak pernah dilupakan walaupun kini berbeza wadah perjuangan akan sentiasa dikenang.

Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan menerusi kenyataan di Facebook, menyifatkan pemergian Allahyarham Salahuddin pastinya menjadi kehilangan besar buat negara.

“Semoga Allah memberikan ketabahan, kemudahan buat seluruh keluarga, mengampunkan dan mencucuri rahmat ke atas Allahyarham.

“Sesungguhnya kematian itu pasti. Tidak Allah cepatkan atau lambatkan walau sedetik. Ampunkan dia, rahmatilah dia dan sejahterakanlah dia Ya Allah,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Salahuddin di atas pemergiannya pada jam 9.23 malam ini.

Beliau turut mendoakan agar Allahyarham dicucuri rahmat ke atasnya dan diampunkan segala dosanya.

“Mendapat khabar berita YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah kembali ke rahmatullah malam ini.

“Takziah kami ucapkan kepada seluruh ahli keluarga almarhum. Semoga Allah mengampunkan segala dosanya dan mencucuri rahmat ke atasnya,” katanya.

Related posts

Leave a Comment