KOTA BHARU 23 Julai – Sebanyak 15 muka baharu daripada 31 kerusi dicalonkan untuk mewakili Amanah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini, kata Presidennya, Mohamad Sabu.
Menurut Mohamad Amanah akan bertanding masing-masing sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dan Selangor, Kelantan (tujuh), serta masing-masing dua di Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan.
“Dari segi calon pula, seramai 15 adalah muka baharu, masing-masing tujuh calon muda dan wanita, manakala beberapa penyandang dikekalkan. Pemilihan calon muda dibuat berdasarkan sumbangan aktif mereka kepada parti dan bergerak dengan betul.
Justeru, kita melihat mereka perlu diangkat serta dijadikan calon supaya dapat memimpin parti pada masa akan datang,” katanya pada sidang media pengumuman calon Amanah, di sini, hari ini.
Mohamad berkata, pihaknya juga akan membuat rundingan berhubung dua lagi kerusi DUN, iaitu Tepuh serta Bandar di Terengganu.
“Kita akan membuat rundingan untuk dua kerusi DUN itu, dan perlu segera atau paling lewat pun sebelum penamaan calon. Tiada masalah apa-apa sebab semua hendak tempat ini… bukan perkara pelik,” katanya.
BERIKUT SENARAI PENUH CALON AMANAH
PULAU PINANG
N38 Bayan Lepas – Azrul Mahathir Aziz
N11 Permatang Pasir – Muhammad Faiz Fadzil
SELANGOR
N2 Sabak – Samad Hashim
N5 Hulu Bernam -Mohd Amran Mohd Sakir
N15 Taman Templer – Anfaal Saari
N41 Batu Tiga – Danial Al Rashid Haron
N21 Pandan Indah – Izham Hashim
N26 Sungai Ramal – Mazwan Johar
N29 Seri Serdang – Abbas Salimi Azmi
N42 Meru – Mariam Abdul Rashid
N52 Morib – Hasnul Baharudin
TERENGGANU
N16 Batu Buruk – Mohamad Zamir Ghazali
N19 Ru Rendang – Suhaimi Sulaiman
KELANTAN
N9 Kota Lama – Dr Hafidzah Mustakim
N12 Pengkalan Pasir – Rushdan Mustafa
N19 Demit – Datuk Ismail Ghani
N20 Tawang – Mat Isa Che Dir
N24 Kadok – Mohd Azizan Razak
N26 Bukit Panau – Datuk Dr Samsu Adabi Mamat
N34 Temangan – Abdul Kadir Othman
KEDAH
N3 Kota Seputeh – Dr Salmee Said
N7 Kuala Nerang – Ridzwan Abu Bakar
N14 Alor Mengkudu – Datuk Mahfuz Omar
N16 Kubang Rotan – Mohd Asmirul Anuar Aris
N17 Pengkalan Kundur – Datuk Dr Ismail Salleh
N18 Tokai – Zainal Abidin Saad
N20 Sungai Limau – Siti Balkhis Husain
N23 Belantek – Mazli Saipi
N31 Kupang – Muhammad Suhaimi Hamzah
NEGERI SEMBILAN
N4 Klawang – Datuk Bakri Sawir
N25 Paroi – Norwani Ahmat
