Dominic Lau kekal Presiden Gerakan

KUALA LUMPUR 15 Julai – Dominic Lau dan Oh Tong Keong kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden dalam Pemilihan Parti Gerakan Malaysia (Gerakan) bagi sesi 2023-2026 di sini hari ini. Lau yang mengambil alih jawatan Presiden pada November 2018 selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) meraih 429 undi menewaskan tiga pencabar lain bagi jawatan nombor satu parti itu Tiga pencabar Lau adalah bekas Naib Presiden yang juga Pengerusi Gerakan Melaka, Michael Gan yang memperoleh 76 undi, Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan,  Lau Hoi Keong (335 undi) dan bekas Setiausaha Agung Gerakan,…

Read More

PH nilai tindakan Muda bergerak solo

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) akan membuat penilaian terhadap kesan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang memilih bertanding secara solo ketika perbincangan permohonan parti itu untuk menyertai gabungan Kerajaan Perpaduan. Naib Presiden PKR, Amirudin Shari, berkata tindakan Muda berhubung PRN itu menunjukkan parti itu seperti menjarakkan diri daripada PH. “Saya tidak terbabit dalam membuat keputusan berkaitan permohonan Muda untuk menyertai kita kerana kuasa itu terletak di bawah Majlis Presiden PH. Bagaimanapun, kita akan melihat kesan dan akibatnya (bertanding secara solo). Nampaknya Muda secara tidak langsung menjauhkan diri daripada kita,” katanya selepas…

Read More

Senarai calon BN diumum 21 Julai

SUNGAI PETANI 15 Julai – Senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada enam pilihan raya negeri 12 Ogos ini akan diumumkan pada 21 Julai, kata Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Presiden UMNO mengesahkan sudah menerima semua senarai calon yang akan mewakili BN di enam negeri yang bakal mengadakan PRN iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan. Katanya, senarai calon akan dimuktamadkan dalam masa terdekat sebelum diumumkan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala lumpur. “Ia (senarai calon ini) dikemukakan oleh pengerusi perhubungan…

Read More

NUTP, Andalusia meterai kerjasama pakej umrah

KUALA LUMPUR 15 Julai –  Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dengan kerjasama Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) menawarkan pakej umrah khas kepada 258 orang ahli kesatuan serta keluarga mereka. Pakej Penerbangan Umrah Khas Guru itu yang menawarkan diskaun sebanyak RM238 akan berlangsung pada musim cuti sekolah hujung tahun iaitu pada 17 hingga 27 Disember 2023 melibatkan 12 hari 10 malam. Bagi menjayakan kerjasama itu satu kolaborasi dimeterai pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Andalusia dan NUTP Malaysia, di Hotel Tamu, di sini, hari ini. NUTP diwakili oleh Presidennya,…

Read More

DAP sokong Aminuddin MB Negeri Sembilan

SEREMBAN 15 Julai – DAP Negeri Sembilan menyokong Pengerusi PKR negeri, Aminuddin Harun dikekalkan sebagai Menteri Besar sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata,  Aminuddin yang juga Pengerusi PH negeri telah membuktikan kemampuannya memimpin kerajaan negeri dengan baik. “Kita sokong Aminuddin kerana beliau telah buktikan beliau seorang Menteri Besar yang bukan sahaja taat kepada perjuangan, kasih dan prihatin kepada rakyat, negeri, malah adil kepada semua tanpa mengira kaum dan agama,” katanya ketika berucap pada Majlis…

Read More

Sanusi mohon maaf kepada Sultan Selangor

SEPANG 15 Julai – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataan yang didakwa mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya. Beliau yang mendakwa ucapannya diputar belit Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berkata, beliau mengutuskan warkah kepada Sultan Selangor untuk menjelaskan maksud sebenar ucapannya dalam satu ceramah. “Saya sudah mengutuskan warkah ke hadapan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Selangor untuk menjelaskan konteks, maksud sebenar dan medan yang tercangkup daripada ucapan yang sengaja diputar…

Read More

Melaka sasar 18.7 juta pelancong

KUALA LUMPUR 15 Julai –  Melaka menyasarkan kehadiran sekitar 18.7 juta pelancong dari dalam dan luar negara sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024, kata Ketua Menteri,  Ab Rauf Yusoh. Beliau yakin kehadiran pelancong sempena TMM 2024 akan turut membantu negeri mencapai sasaran peningkatan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negeri itu kepada lima peratus. Katanya, pelbagai acara dan produk pelancongan baharu dirancang sepanjang tahun depan, yang antara lain dilaksanakan menerusi peruntukan berjumlah RM25 juta daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. “Antara dirancang adalah kita akan tetapkan satu hari pada…

Read More