Dominic Lau kekal Presiden Gerakan

KUALA LUMPUR 15 Julai – Dominic Lau dan Oh Tong Keong kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden dalam Pemilihan Parti Gerakan Malaysia (Gerakan) bagi sesi 2023-2026 di sini hari ini.

Lau yang mengambil alih jawatan Presiden pada November 2018 selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) meraih 429 undi menewaskan tiga pencabar lain bagi jawatan nombor satu parti itu

Tiga pencabar Lau adalah bekas Naib Presiden yang juga Pengerusi Gerakan Melaka, Michael Gan yang memperoleh 76 undi, Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan,  Lau Hoi Keong (335 undi) dan bekas Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng (275 undi).

Sebanyak 1,130 kertas undi dikeluarkan dan daripada jumlah itu sebanyak 15 undi rosak bagi pemilihan jawatan Presiden.

Sementara Tong Keong kekal sebagai Timbalan Presiden dengan memperoleh 546 undi menewaskan tiga pencabar lain iaitu Setiausaha Agung, Mak Kah Keong; Ketua Biro Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan Komuniti Gerakan, Dr Kiew Hen Chong serta Prabagaran Vythilingam.

Bagi pemilihan Timbalan Presiden sebanyak 1,130 kertas undi dikeluarkan dan daripada jumlah itu sebanyak 25 undi rosak.

Tiga Naib Presiden dimenangi Koo Shiaw Lee dengan 999 undi, diikuti Baljit Sing Jigiri Singg (982) serta Alexander Lo Su Hyen (577).

Sebanyak 18 Ahli Jawatankuasa Pusat dipilih iaitu Dennis Gan Thau Onn, B Sri Candra, Hng Chee Wey, Ch’ng Boon Chye, Tan Po Kiat, Gan Kim Keng, Lee Boon Shian dan Puvaniten M Helan Govan.

Turut mendapat tempat ialah Chew Jyh Gang, Chai Ko Thing, Sin Koon Yen, Tan Lee Ngee, Woo Cheong Yuen, Teoh Chin Wan, Syed Nor Azman Syed Daros, Ooi Pei Nar, Tan Chin Hock dan Loh Kah Yong.

Bagi pemilihan peringkat sayap Wanita dan Pemuda, semua jawatan terbabit dimenangi tanpa bertanding.

Ketua Wanita kini disandang Chung Mon Sie; Timbalan Ketua Wanita, Heng See Lin serta tiga Naib Wanita masing-masing Yong Fui Ling dan Cheong Lai Chee.

Manakala Ketua Pemuda baharu ialah Wong Chia Zhen; Timbalan Ketua Pemuda, Lee Boon Shian dan tiga Naib Ketua, Goh Tee Loong, Tan Kom Chong dan Teo Jin Wei.

Related posts

Leave a Comment