Syor sedia bas percuma balik mengundi

KOTA BHARU 7 Julai – Pas mencadangkan kesemua enam negeri yang akan terlibat  dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada pelajar supaya mereka dapat pulang mengundi pada 12 Ogos nanti.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata,  perkhidmatan bas percuma seperti yang dilakukan kerajaan negeri Kelantan, wajar menjadi ikutan negeri lain sekali gus dapat meningkatkan peratus keluar mengundi.

Katanya, penyediaan bas percuma bukanlah sesuatu yang berunsurkan sogokan, sebaliknya ia disediakan terbuka kepada semua anak Kelantan tanpa mengira parti kerana mahu membantu mereka untuk menjalankan tanggungjawab mengundi.

“Pada masa sama, kerajaan seharusnya mengawal peningkatan harga tambang penerbangan yang didakwa dijual pada harga yang lebih mahal berlipat kali ganda menjelang hari mengundi.

Perantau balik kerana mahu mengundi serta menjalankan tanggungjawab mereka sebagai rakyat, tetapi bila sampai sahaja tarikh penting atau perayaan, saya difahamkan harga tiket pula naik mendadak dan menjadi lebih mahal.

“Justeru, saya mencadangkan kerajaan agar memantau serta mengekalkan harga tiket supaya ia tidak membebankan rakyat,” katanya selepas Ceramah Mega Pakat Pertahan, di sini, malam tadi

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob sebelum ini mengumumkan Kelantan

menyediakan perkhidmatan bas percuma bagi memudahkan pelajar di luar Kelantan pulang menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih.

Related posts

Leave a Comment