SEPANG 7 Julai – MCA dan MIC yang tidak akan bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) menolak tawaran Muhammad Sanusi Md Noor untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Reaksi itu menyusul kurang 24 jam kenyataan Sanusi yang antara lain turut mencadangkan supaya MCA dan MIC meninggalkan BN. Presiden MCA, Dr Wee Kas Siong, melalui akuan Facebook beliau sekadar memberi komen ringkas “No” (“Tidak”) sambil memuat naik tangkap layar berita disiarkan sebuah portal mengenai pelawaan Pengarah Pilihan Raya PN itu. Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut. Manakala…
Read MoreDay: July 7, 2023
Skim gaji kakitangan awam dikaji semula
SEREMBAN 7 Julai- Kerajaan bersetuju mengkaji semula skim gaji perkhidmatan awam selepas mempertimbangkan tiada kenaikan diberikan bagi suatu jangka masa yang agak lama, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, perbincangan awal mengenainya akan dibangkitkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri, minggu hadapan. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pertimbangan itu wajar dibuat selepas mengambil kira skim gaji penjawat awam sedia ada ketika ini berada di tahap yang rendah. Sebelum ini, Anwar ketika merasmikan Sambutan Hari Pekerja 2023 memberi jaminan akan menilai dan mengkaji semula gaji penjawat awam yang disifatkan masih tidak memuaskan…
Read MoreBerita pilihan…
Senarai palsu calon Pas Kelantan tular
KOTA BHARUm7 Julai- Pas menafikan senarai nama calon parti itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan yang tular sejak semalam, kata Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau juga mengaku sudah melihat senarai nama yang tular berkenaan dan mengesahkan ianya tidak betul dan palsu. ” Senarai berkenaan tidak betul sama sekali. Biasalah kadang-kadang kita susah nak kawal media sosial yang terbuka sekarang. Jangan kata senarai nama, keputusan mengundi pun kadang-kadang keluar dahulu sebelum kira undi. Namun saya sahkan senarai berkenaan tidak betul dan palsu. Kita tidak tahu apa motif maklumat…
Read MoreSyor sedia bas percuma balik mengundi
KOTA BHARU 7 Julai – Pas mencadangkan kesemua enam negeri yang akan terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada pelajar supaya mereka dapat pulang mengundi pada 12 Ogos nanti. Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata, perkhidmatan bas percuma seperti yang dilakukan kerajaan negeri Kelantan, wajar menjadi ikutan negeri lain sekali gus dapat meningkatkan peratus keluar mengundi. Katanya, penyediaan bas percuma bukanlah sesuatu yang berunsurkan sogokan, sebaliknya ia disediakan terbuka kepada semua anak Kelantan tanpa mengira parti kerana mahu membantu mereka untuk menjalankan tanggungjawab mengundi.…
Read More