SEPANG 2 Julai – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini selepas menunaikan ibadah haji. Keberangkatan tiba baginda disambut Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali. Tidak ketinggalan menyambut keberangkatan tiba keluarga diraja adalah cucunda mereka termasuk Tengku Adam Ibrahim Shah ibni Tengku Amir Nasser dan Tengku Sulaiman Abdullah Shah ibni Tengku Amir Nasser. Al-Sultan Abdullah…
Read MoreDay: July 2, 2023
Zaki Yamani tiada kaitan dengan Shamsul Iskandar
KUALA LUMPUR 2 Julai- Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin menjelaskan Zaki Yamani, individu yang ‘mendoakan’ tahap kesihatan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang tiada lagi kaitan denganya. Beliau mengakui individu itu pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Angkatan Muda (AMK) ketika beliau memimpin sayap pergerakan pemuda PKR itu pada 2007. “Meskipun beliau pernah berkhidmat selaku Setiausaha AMK PKR sewaktu saya memimpin AMK pada 2007 yang lampau, itu tidak membawa sebarang perkaitan atau makna pada masa kini dalam mana-mana kapasiti rasmi. “Oleh itu, dakwaan mengenai perkaitan itu adalah sangat…
Read MoreSiasatan rapi babitkan kakitangan JIM
SEPANG 2 Julai – Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan siasatan rapi akan dibuat terhadap isu membabitkan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) khususnya dakwaan wujud salah laku dan amalan rasuah. Perdana Menteri berkata, secara umumnya, penugasan kakitangan jabatan imigresen itu di pintu masuk utama negara itu berjalan dengan baik dan agensi itu juga memberi respon sangat baik dan positif, terutama terkait perkara berbangkit sejak beberapa hari lalu ini. “Saya ingin bagi jaminan siasatan rapi akan dibuat. Tapi umumnya majoriti petugas Imigresen berjalan dengan…
Read MoreBerita pilihan…
Ijtihad atasi kesesakan khemah Mina
MAKKAH: Jawatankuasa Penasihat Ibadah Haji (TH-Jabatan Kemajuan Islam Malaysia/Jakim) disaran memikirkan ijtihad baharu dalam usaha mengatasi isu kesesakan akibat ruang sempit dalam khemah di Mina. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata langkah itu perlu supaya masalah kesesakan dalam khemah di Mina yang berlaku saban tahun tidak berterusan. Katanya isu ruang sempit ketika bermabit di Mina mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan keprihatinan baginda terhadap kebajikan jemaah Malaysia. Menurut Dr Mohd Na’im, beliau menerima teks pesanan secara…
Read MoreAnwar arah Zaki Yamani mohon maaf
KUALA LUMPUR 2 Julai – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengarahkan pengguna media sosial, Zaki Yamani memohon maaf atas hantarannya yang menulis kenyataan biadab terhadap keadaan kesihatan Abdul Hadi Awang. Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) kesal dengan tindakan pengguna media sosial itu yang berkongsi ciapan berhubung keadaan kesihatan Presiden Pas yang merosot dan kini sedang dirawat di hospital. “Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadab Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera,” katanya menerusi ciapan di Twitternya. Semalam pengguna Twitter berkenaan menulis kenyataan biadab terhadap…
Read More