Dr Mahathir kunjungi Erdogan

PRESIDEN Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan menerima kunjungan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Menurut Facebook Erdogan, pertemuan itu berlangsung di Kompleks Istana Presiden.

Kali terakhir Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke tujuh mengadakan lawatan ke Turkiye pada bulan Julai 2019 dan Erdogan membalas lawatan tersebut pada Disember tahun yang sama.

Semasa lawatan 2019, Dr Mahathir menerima pingat ‘Turkish Order of the Republic’, pemimpin ASEAN pertama menerima anugerah berprestij itu, iaitu anugerah kedua tertinggi di Turkiye selepas ‘Order of the State.

Dalam lawatan yang sama, Dr Mahathir dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Sains Politik dan Pentadbiran Awam dari Universiti Beyazid Yaldirim.

Beliau adalah penerima ketiga anugerah itu selepas Erdogan dan Presiden Djibouti, Ismail Omar Guelleh.

 

Related posts

Leave a Comment