Wukuf 27 Jun, Aidiladha 28 Jun

MAKKAH 19 Jun –  Arab Saudi mengumumkan Hari Wukuf, kemuncak haji, pada Selasa, 27 Jun ini, sementara Hari Raya Aidiladha akan disambut pada Rabu, 28 Jun.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia akan menyertai kira-kira tiga juta umat Islam seluruh dunia akan bergerak ke Arafah untuk melaksanakan rukun haji itu.

Wukuf dilakukan dengan berada di padang Arafah mulai tergelincirnya matahari (waktu Zohor) pada 9 Zulhijjah (27 Jun) sehingga sebelum fajar pada 10 Zulhijjah.

Syed Saleh dalam sidang media di sini berkata, tahap kesediaan khemah di Arafah dan Mina bagi operasi masyair untuk jemaah haji Malaysia kini mencapai tahap 80 peratus.

Menurutnya, dengan berbaki lapan hari lagi menjelang hari wukuf, pihak pengurusan di sembilan maktab penginapan akan mengadakan sesi taklimat bagi menerangkan, antaranya mengenai pergerakan bas dan kemudahan di Arafah dan Mina kepada jemaah haji.

Jemaah haji juga akan diberikan nombor dan tempat dalam khemah dalam masa terdekat ini,” katanya.

Syed Saleh berkata, hampir 300 khemah di Arafah dan Mina tersedia buat jemaah haji negara dengan beberapa penambahbaikan dilakukan tahun ini termasuk khemah berdinding PVC, bekalan elektrik di Arafah terus dari pencawang dan bekalan makanan keseluruhannya dibekalkan syarikat Malaysia.

Sementara itu, Syed Saleh berkata, setakat ini, seramai 29,212 daripada 31,600 jemaah haji negara sudah berada di Makkah.

Mengenai laporan kesihatan jemaah haji pula, beliau berkata, 56 jemaah haji berada di wad pusat rawatan Tabung Haji (TH), manakala lapan orang di fasiliti kesihatan Arab Saudi.

Bagaimanapun katanya, kesemua mereka yang mengalami jangkitan paru-paru, masalah jantung dan sistem pencernaan, sakit kulit dan sendi berada dalam keadaan stabil.

Related posts

Leave a Comment