718,030 jemaah tiba di Madinah

RIYADH: Seramai 718,030 jemaah pelbagai negara tiba di Madinah melalui pintu masuk udara dan darat untuk menunaikan haji tahun ini.

Memetik statistik dilaporkan SPA, Jawatankuasa Haji dan Lawatan berkata, jumlah ketibaan pada hari Sabtu mencecah 29,090 jemaah, yang mana 25,962 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz di Madinah.

Laporan statistik juga menunjukkan 556,953 jemaah berlepas ke Makkah pada Sabtu, manakala jumlah jemaah yang tinggal di Madinah sehingga semalam mencecah 161,021 jemaah.

Ketika ini, kadar penghunian perumahan di Madinah adalah 54 peratus, dan 32,631 jemaah haji mendapat manfaat daripada perkhidmatan perubatan yang diberikan kepada mereka.

Pihak berkuasa di Madinah bekerja sepanjang masa untuk mengikuti perkembangan jemaah haji yang tiba melalui pelabuhan udara dan darat bagi memastikan pengalaman terbaik bagi pelawat menunaikan ibadah haji tahun ini.

Related posts

Leave a Comment