Majlis Ilmu Madani beri kefahaman

PUTRAJAYA 18 Jun – Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata penganjuran Majlis Ilmu Madani adalah selari dengan usaha memberi kefahaman mengenai maksud negara Madani yang digagaskan oleh kerajaan pimpinan beliau kepada orang ramai.

Katanya,  ia terutamanya membabitkan nilai asas pembentukan negara Madani iaitu akidah yang kukuh, akhlak yang baik serta pembentukan sahsiah maknawiyah.

“Gunakan ini untuk menerapkan nilai dalam pelbagai bidang, dalam kemampanan ekonomi, dalam teknologi digital, dalam konsep ihsan dan rahmah untuk mengurangkan beban rakyat miskin serta pembelaan umat secara keseluruhan,” katanya.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian dalam ucapan ketika menghadiri Majlis Ilmu Madani Bersama Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Terdahulu, Anwar, yang diiringi isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Kompleks Seri Perdana pada jam 7.15 malam dan menunaikan solat Maghrib bersama kira-kira 300 jemaah, dipimpin oleh Imam Masjid Putra, Abdul Karim Zakaria.

Perdana Menteri kemudian meluangkan masa kira-kira sejam mengikuti sesi perkongsian ilmu bersama tiga tokoh jemputan iaitu Imam Masjid Al-Aqsa, Syeikh Dr Ekrima Sabri; ulama dari United Kingdom, Syeikh Ahmed Mohamed Saad Al-Maliki Al-Azhari Al-Hasani dan ulama dari Gambia, Syeikh Muhammad Haydara Al-Jilani. –

Related posts

Leave a Comment