Negeri Sembilan, P. Pinang bubar 30, 28 Jun

SEPANG 20 Jun – Negeri Sembilan dijangka membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Jun ini manakala Pulau Pinang pula dijadualkan pada 28 Jun bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan. Sebelum ini Selangor menetapkan pembubaran pada 23 Jun, Kelantan 22 Jun manakala Kedah mencadangkan 28 Jun manakala Terengganu belum menetapkan tarikh pembubaran. Di Negeri Sembilan, Menteri Besar,  Aminuddin Harun akan menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 28 Jun ini, bagi mendapat perkenan baginda untuk membubarkan DUN pada 30 Jun ini. “Saya akan menghadap Tuanku…

Read More

Kurang hala tuju ekonomi sukarkan Anwar

PUTRAJAYA 20 Jun – Kesukaran Anwar Ibrahim meraih sokongan Melayu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih didorong rasa tidak puas hati rakyat terhadap pentadbirannya yang dilihat kurang dari segi hala tuju ekonomi. Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, faktor itu mengatasi ‘Gelombang Hijau’ yang dibawa Perikatan Nasional (PN). Katanya, kebangkitan ‘Gelombang Hijau’ yang ekstrem tidak banyak menyumbang kepada apa yang berlaku di Malaysia hari ini, berbanding ungkapan rasa tidak puas hati yang tulen dalam kalangan masyarakat Melayu, yang mana ia melangkaui isu 3R yang merujuk bangsa, agama dan institusi…

Read More

Sultan Selangor berangkat ke Makkah

SEPANG 20 Jun – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji. Baginda berdua menaiki pesawat khas yang berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3 petang. Turut serta mengiringi baginda adalah Mufti Selangor, Dr Anhar Opir; Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Abdul Karim Maaseng Al-Makki dan Pengurus Tabung Haji (TH) Travel and Services, Syahrimi Ilias. Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah turut…

Read More

Pelabur semakin yakini Malaysia

PUTRAJAYA 20 Jun – Keyakinan pelabur terhadap Malaysia semakin baik dan ia akan mendorong lebih banyak pelaburan masuk ke negara ini tidak lama lagi, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. Beliau berkata misi pelaburannya sempena Minggu Teknologi London (LTW) 2023. dari 12 hingga 16 Jun itu juga menyaksikan Malaysia meraih komitmen pelaburan bernilai RM8.3 bilion dalam pelbagai sektor teknologi digital. “Mereka ada keyakinan tambahan. Insya-Allah, tidak mustahil, dalam masa tidak berapa lama lagi lebih banyak pelaburan masuk ke negara kita,” katanya pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD)…

Read More

Kuota pelajar perubahan kekal

KUALA LUMPUR 20 Jun – Kerajaan mengekalkan kuota pengambilan pelajar perubatan di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan pada 4,820 orang setahun, seperti dibenarkan Kementerian Kesihatan (KKM). Menteri Pendidikan Tinggi, Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata , jumlah siswazah sebenar adalah lebih rendah iaitu kira-kira 4,000 orang setahun. “Kementerian akan terus kekalkan jumlah yang ditetapkan kerana antaranya permohonan ramai untuk mengambil jurusan perubatan dan kadar (yuran) yang ditetapkan untuk universiti tempatan adalah murah, maka demikian kita sebenarnya melakukan pendemokrasian pendidikan. Kita membenarkan ramai memohon untuk ambil jurusan perubatan, kalau kita kurangkan (pengambilan)…

Read More

Kekal pendirian tidak tambat ringgit

KUALA LUMPUR 20 Jun –  Kerajaan kekal tidak menambat ringgit bagi menangani penyusutan nilainya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kesan buruk kepada rakyat, kata Timbalan Menteri Kewangan 1, Ahmad Maslan. Beliau berkata tindakan menambat ringgit akan menyebabkan Malaysia hilang keupayaan untuk meneruskan dasar monetari. Katanya jika ringgit ditambat, ia memaksa Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) ke tahap sama seperti kadar faedah Amerika Syarikat yang kini di ambang 5.00-5.25 peratus. “Alangkan OPR kita pada 3.00 peratus rakyat sudah rasa amat tidak selesa, inikan pulak (jika) dinaikkan…

Read More

MAQIS rampas 18 tan gelatin dari Pakistan

PELABUHAN KLANG 20 Jun –  Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor berjaya merampas 18 tan gelatin dari Pakistan yang cuba diseludup masuk menerusi Pelabuhan Klang Utara dekat sini Jumaat lalu. Pengarah MAQIS Selangor, Mohd Sobri Md Hashim, berkata gelatin yang dianggarkan bernilai RM635,383.33 itu dirampas hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai penguat kuasa MAQIS pada pukul 11.30 pagi. Katanya , pemeriksaan mendapati sebanyak 18,000 kilogram (kg) gelatin itu tidak mengikut syarat rawatan yang ditetapkan sebagaimana yang dinyatakan di dalam import permit dan ini merupakan kesalahan pertama syarikat tersebut.…

Read More

Larangan bawa gas ke khemah haji

RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi melarang jemaah haji membawa dan menggunakan semua jenis dan saiz gas petroleum cecair (LPG), ke dalam khemah serta pejabat agensi kerajaan berkuat kuasa hari pertama bulan Zulhijjah semalam. Larangan itu berikutan langkah pencegahan yang dikenakan untuk mengelakkan bahaya kebakaran di kem jemaah haji di Tanah Suci. Menurut pihak berkuasa, semua bentuk silinder LPG, termasuk yang bersaiz kecil digunakan untuk memanaskan air, akan dirampas dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang melanggar larangan berkenaan. Pasukan Penyeliaan Pencegahan dan Keselamatan Pertahanan Awam Arab Saudi akan melakukan…

Read More

Kuota 900 jemaah haji Singapura dipenuhi

SINGAPURA 20 Jun – Kesemua 900 kuota rasmi haji yang diperuntukkan kepada Singapura tahun ini telah dipenuhi, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad. Katanya, kerajaan akan terus berusaha untuk mendapatkan lebih banyak visa bagi membolehkan mereka yang belum berpeluang dapat menunaikan ibadah haji pada tahun-tahun akan datang. Beliau memberitahu demikian semasa menghantar 234 jemaah haji dari Hahnemann Travel, Jalaluddin Travel dan TM Fouzy Travel di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi semalam. Masagos Zulkifli berkata, dalam kalangan 900 jemaah yang akan menunaikan ibadah haji tahun ini,…

Read More