KUALA LUMPUR 12 Jun – Kerajaan telah menyalurkan RM2.556 juta Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Covid-19 kepada 150 pemohon sehingga 31 Mei lalu, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni. Beliau berkata sebanyak 319 permohonan diterima dan daripada jumlah itu, sebanyak 150 permohonan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin. Timbalan Menteri itu menggulung perbahasan Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin Covid-19 di Dewan Rakyat, hari ini. Usul kertas putih itu dibentangkan Lukanisman minggu lalu. Lukanisman menjelaskan, bantuan khas itu diberikan kepada pemohon yang menjadi penerima vaksin…
Read MoreDay: June 12, 2023
PRN: UMNO Pulau Pinang dapat lebih kerusi
TANJONG 12 Jun – UMNO dijangka mendapat tambahan kerusi untuk ditandingi di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) khususnya kerusi yang ditandingi calon Pas dan Bersatu. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan itu memandangkan masih terdapat ruang bagi pengagihan kerusi yang disandang oleh gabungan pembangkang . Beliau yang juga Pengerusi PH Pulau Pinang turut menyifatkan potensi penambahan bilangan kerusi yang bakal diterima UMNO melebihi daripada apa yang disangkakan. “Jika mengikut prinsip penyandang, UMNO hanya ada dua kerusi di Pulau Pinang, tetapi masih ada ruang (untuk…
Read More40 peratus subsidi dinikmati golongan kaya
PUTRAJAYA: Sekurang-kurangnya 40 peratus subsidi yang disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat dinikmati oleh golongan kaya, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, perkara itu dibentangkan kepadanya oleh Jawatankuasa Penasihat Kepada Kementerian Kewangan pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini. “Saya masih tidak faham kenapa kita nak pertahankan (pemberian subsidi kepada golongan kaya),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MTEN di sini, hari ini yang turut dihadiri Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan tidak berganjak dengan pendirian untuk mengurangkan subsidi bagi golongan kaya, seperti mana rasionalisasi…
Read MoreKerajaan akan lancar Naratif Ekonomi Madani
KUALA LUMPUR 12 Jun – Kerajaan akan melancarkan Naratif Ekonomi Madani, iaitu satu dokumen reformasi ekonomi yang akan menjadi panduan kepada hala tuju ekonomi negara bagi memudahkan tindakan oleh kementerian dan jabatan berkenaan. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, sementara dokumen tersebut diperkenalkan Ogos depan, kerajaan akan meneruskan melaksanakan dahulu dasar sedia ada. “Kita ada penganalisis ekonomi yang kita cerakin secara ringkas dalam Buku Madani tetapi Kementerian Ekonomi, kementerian terlibat dan sektor swasta, bila ada proses libat urus ini, sudah tentu akan menentukan beberapa dasar termasuk penggunaan tenaga, keutamaan pelaburan dan…
Read MoreWan Suraya Ketua Audit Negara
PUTRAJAYA 12 Jun – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Integriti Malaysia (IIM), Wan Suraya Wan Mohd Radzi, dilantik sebagai Ketua Audit Negara baharu, berkuat kuasa esok. Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, dalam satu kenyataan berkata pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan perundingan dengan Majlis Raja-Raja. “Dimaklumkan bahawa selaras dengan Perkara 105(1) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, memperkenankan pelantikan Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi sebagai Ketua Audit Negara berkuat kuasa mulai 13 Jun 2023. “Pelantikan beliau…
Read MoreUndangan tidak masul akal – Hishammuddin
KUALA LUMPUR 12 Jun – Selepas Maulizan Bujang mempertikaikan kewajaran beliau merayu untuk ‘kembali’ kepada UMNO, seorang lagi yang digantung menyifatkan ‘undangan’ Presiden, Dr Ahmad Zahid Hamidi itu sebagai tidak masuk akal. Bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein yang digantung selama enam tahun sangsi dengan keikhlasan jemputan kepada pemimpin yang dipecat dan digantung untuk menyertai semula parti itu. Mengimbas kembali penggantungannya, Hishamuddin berkata, sehingga ke hari ini, beliau masih tidak pasti apa punca sebenarnya tindakan itu dilakukan terhadapnya. “Yang saya tahu, dia kata kita kena mohon diterima semula. Kedua, kena…
Read MorePembangkang desak Sunak adakah PRU
LONDON: Kepemimpinan Britain berubah lagi? Persoalan ini timbul apabila Ketua Pembangkang United Kingdom (UK), Keir Starmer menuntut pilihan raya umum diadakan apabila tiga Ahli Parlimen Parti Konservatif meletak jawatan. Stamer yang juga pemimpin Parti Buruh dalam ciapan menerusi akaun Twitter miliknya memberitahu, Perdana Menteri Rishi Sunak “akhirnya mesti mencari tulang belakang, mengadakan pilihan raya dan membenarkan orang ramai bersuara mengenai kegagalan Tory selama 13 tahun,”. “Keadaan ini mesti dihentikan. Orang ramai sudah cukup dengan kerajaan Tory yang mempunyai perdana menteri lemah dan tidak diundi oleh sesiapa pun,” katanya. Mereka yang…
Read MorePembahagian kerusi Amanah capai 90peratus
KOTA BHARU 12 Jun – Kali ini bukan isu banyak kerusi ditandingi tetapi jumlah yang perlu menang pada pilihan raya negeri (PRN) kata Presiden Amanah Mohamad Sabu. Menurut Mohamad, pembahagian kerusi calon parti Amanah menjelang PRN hampir selesai dan mencapai 90 peratus. Katanya , untuk pilihan raya kali ini terdapat sedikit perubahan dari segi bilangan calon memandangkan ada pertambahan parti politik melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). “Pembahagian kerusi sudah 90 peratus selesai yang mana sebahagiannya lagi akan ada perundingan pada minggu ini…tak sama macam dulu, dulu kita…
Read More