Anugerah menjelang PRN tidak kena ‘timing’

SEPANG 4 Jun –  Seorang aktivis politik Lim Sian See menyifatkan anugerah Tan Sri kepada veteran DAP Lim Kit Siang tidak kena pada masanya, iaitu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

“Kit Siang adalah poster uncle bagi kebencian majoriti orang Melayu terhadap DAP dan Pakatan Harapan (PH).

“Mungkin Kerajaan Perpaduan berhasrat untuk hilang hampir semua undi Melayu dan seterusnya menjahanamkan UMNO dengan memberi pangkat Tan Sri kepada Kit Siang sebulan sebelum enam PRN akan datang?

“UMNO dan BN patut membantah timing yang kurang bijak ini,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Menurut media sosial,  Kit Siang dilaporkan antara penerima gelaran Tan Sri dalam istiadat penganugerahan darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok.

Gambar Kit Siang menghadiri raptai istiadat tersebut turut dikongsi oleh bekas Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dalam laman Facebook beliau.

Dalam hantaran berasingan, Sian See bertanya sama ada pemimpin UMNO akan mengucapkan tahniah kepada Kit Siang atas penganugerahan gelaran Tan Sri itu.

“Jika ada, siapa agaknya?” soalnya.

Related posts

Leave a Comment