Peja tidak bertanding PRN

SEREMBAN 4 Jun –  Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak akan bertanding mana-mana kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Beliau yang baharu mengambil alih sebagai Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Perikatan Nasional (PN) dan Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, berkata, pelantikannya sekadar untuk persiapan dan membantu jentera parti menghadapi PRN. “Saya tidak akan bertanding di mana-mana kerusi di enam negeri pada pilihan raya negeri termasuk di Negeri Sembilan. Saya berasal dari Perak tapi sebagai anggota parti, saya perlu akur arahan kepemimpinan tertinggi, jadi tugas saya hanyalah…

Read More

Rakyat kekuatan utama negara

  KUALA LUMPUR 4 Jun –  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan seluruh rakyat negara ini supaya tidak menjadikan isu agama sebagai polemik dan perbalahan politik. Baginda juga mengingatkan, semua pihak perlu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti diperuntukkan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Titah baginda lagi, kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam juga perlu dihormati, namun agama-agama lain masih boleh diamalkan dengan aman dan damai. Dalam titah sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong malam ini, Seri Paduka turut mengajak semua pihak…

Read More

Akar umbi UMNO diminta terbuka terima kehadiran Anwar

JOHOR BAHRU 4 Jun – Akar umbi UMNO diminta berlapang dada dan terbuka menerima kehadiran Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebagai tetamu kehormat pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023, Khamis ini. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO,  Ahmad Maslan, berkata ahli UMNO tidak perlu terpengaruh dengan hasrat sesetengah pihak yang enggan hadir persidangan sebaliknya menerima dinamika politik baharu yang memerlukan keterbukaan minda. Ahmad yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO berkata, langkah menjemput Perdana Menteri dan juga 18 Presiden parti gabungan Kerajaan Perpaduan itu adalah sebagai persediaan…

Read More

744 aduan penipuan libatkan Facebook

KULAI 4 Jun – Setakat 25 Mei lalu, sebanyak 744 aduan penipuan dalam talian yang diterima adalah membabitkan laman sosial Facebook, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching. Beliau berkata, aduan kedua terbanyak adalah membabitkan penyedia pelayar Telegram iaitu 17, iikuti WhatApps (16) dan emel (satu aduan). Ahli Parlimen Kulai itu berkata demikian selepas menonton filem Polis Evo 3 bersama komuniti polis dan warga Kulai di pusat beli belah Jusco Kulai di sini, hari ini. Mengulas mengenai keenggan pengurusan Telegram mengadakan perjumpaan dengan kementeriannya susulan tidak mahu mengambil…

Read More

DAP hormati keputusan Pemuda UMNO

KULAI 4 Jun – DAP menghormati keputusan Pemuda UMNO yang tidak menjemput parti lain dalam Kerajaan Perpaduan ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) bagi sayap itu yang akan berlangsung minggu depan. Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching berkata, setiap sayap parti mempunyai pandangan, pendekatan dan kaedah berbeza yang perlu difahami setiap parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan. “Apa juga keputusan yang dibuat UMNO mahupun sayap Pemuda, Puteri dan Wanita, kami sebagai rakan dalam Kerajaan Perpaduan terima dan hormati. Itu adalah hak UMNO. Sekiranya dijemput, kami ucapkan terima kasih, namun tidak akan…

Read More

Tempoh 44 program IPTA dipendekkan

KUALA LUMPUR 4 Jun – Sebanyak 44 program pengajian di sembilan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) boleh dipendekkan tempoh pengajian daripada empat kepada tiga tahun, kata Menteri Pendidikan Tinggi Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata pemendekan tempoh pembelajaran itu akan dapat membantu mengurangkan jumlah pinjaman atau kos pengajian yang perlu ditanggung oleh pelajar. “Pada masa sama, ia membuka peluang untuk graduan memasuki pasaran kerja setahun lebih awal,” katanya pada Majlis Penutupan Jom Masuk U di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, hari ini. Beliau berkata langkah berkenaan adalah usaha berterusan KPT dalam…

Read More

Bukan isu Pemuda UMNO tidak jemput parti lain

KUALA LUMPUR 4 Jun –  Keputusan Pemuda UMNO tidak menjemput wakil parti lain dalam Kerajaan Perpaduan menghadiri persidangan pergerakan itu minggu hadapan, bukanlah satu isu atau satu kesalahan. Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin menegaskan walaupun Pemuda tidak menjemput tetapi wakil-wakil parti dalam Kerajaan Perpaduan dijemput menghadiri kemuncak program, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023. “Ia bukan satu kesalahan, tak jadi masalah. Bukannya wajib pun (jemput wakil parti dalam Kerajaan Perpaduan hadir persidangan Pemuda UMNO) sebab perhimpunan agung peringkat UMNO Malaysia sudah jemput, jadi saya rasa tidak perlu,” katanya. Beliau yang…

Read More

Anugerah menjelang PRN tidak kena ‘timing’

SEPANG 4 Jun –  Seorang aktivis politik Lim Sian See menyifatkan anugerah Tan Sri kepada veteran DAP Lim Kit Siang tidak kena pada masanya, iaitu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi. “Kit Siang adalah poster uncle bagi kebencian majoriti orang Melayu terhadap DAP dan Pakatan Harapan (PH). “Mungkin Kerajaan Perpaduan berhasrat untuk hilang hampir semua undi Melayu dan seterusnya menjahanamkan UMNO dengan memberi pangkat Tan Sri kepada Kit Siang sebulan sebelum enam PRN akan datang? “UMNO dan BN patut membantah timing yang kurang bijak ini,”…

Read More

Kit Siang terima anugerah Tan Sri?

KUALA LUMPUR 4 Jun – Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dijangka menerima gelaran Tan Sri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke-64 esok. Kit Siang, 82, yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di tujuh kawasan sejak 1969 hingga 2022, adalah pemimpin DAP pertama yang dianugerahkan dengan gelaran berkenaan. Gelaran Tan Sri adalah darjah kebesaran persekutuan kedua tertinggi, selepas Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara, Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, Seri Setia Mahkota yang membawa…

Read More

Malaysia ucap takziah nahas di India

NEW DELHI 4 Jun – Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada India susulan nahas kereta api penumpang yang mengakibatkan ratusan nyawa terbunuh atau cedera pada Jumaat. Menteri Luar, Dr Zambry Abdul Kadir mengucapkan takziah dan mendoakan kesembuhan kepada mereka yang cedera dalam tragedi yang berlaku di negeri Odisha itu. “Kami bersama-sama dengan rakyat India pada masa yang sangat sukar ini,” katanya menerusi Twitter. Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi pada Sabtu turut menyatakan simpati kepada India atas tragedi itu. “Kami bersama dengan kerajaan dan rakyat India mendoakan misi menyelamat akan berjaya…

Read More