Bekas MB dicalon semula PRN Terengganu

KUALA NERUS 2 Jun –  Bekas Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Razif Abd Rahman diumumkan sebagai calon pertama mewakili Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini. Beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir. yang dimenangi pada pilihan raya sebelum ini dalam saingan tiga penjuru menewaskan calon Pas dan PKR dengan majoriti 1,884 undi. Pengerusi UMNO negeri, Dr Ahmad Said, mengumumkan calon itu, pada majlis pelancaran Jentera PRN peringkat Bahagian Kuala Nerus, di sini, hari ini. Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan negeri…

Read More

Syed Mokhtar dedah keakraban dengan Anwar

KUALA LUMPUR 2 Jun – Pengerusi Yayasan Albukhary,  Syed Mokhtar Albukhary secara terbuka mendedahkan hubungan akrab dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai ‘abang’. Berkongsi ‘untold story’ tersebut, tokoh perniagaan yang merupakan antara individu terkaya di Malaysia itu berkata, beliau pertama kali bertemu dengan Anwar pada 1984, yang ketika itu adalah Menteri Pertanian. Syed Mokhtar, ketika berucap pada majlis perasmian Pameran Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan? berkata, Anwar telah membuka peluang kepada Bumiputera untuk mendapatkan sokongan melalui Dasar Ekonomi Baharu. “Hari ini merupakan adalah hari istimewa buat saya ……

Read More

Hadi cuba pesong pemikiran rakyat

KUALA LUMPUR 2 Jun – Anwar Ibrahim menyifatkan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, cuba memesong pemikiran rakyat selepas mendakwa Pakatan Harapan (PH) tidak sesuai memimpin kerajaan kerana dikuasai bukan Melayu. Perdana Menteri menegaskan, perkara sedemikian tidak seharusnya timbul memandangkan tumpuan kerajaan kini untuk merangka dasar yang dapat memanfaatkan negara dan pada masa sama mempertahan hak Melayu dan Islam. “Tanya dia di mana bahasa, budaya, Islam, seni, sastera yang kita lakukan khianat. Negara ini pelbagai kaum, sementara kita angkat penghayatan Islam, kita kena jaga hak semua kaum yang perlu dipelihara. “Saya tidak…

Read More

Konglomerat sumbang pembangunan negara

KUALA LUMPUR 2 Jun – Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim menyeru lebih banyak syarikat konglomerat di negara ini menyumbang ke arah pembangunan negara dan masyarakat. Beliau mengambil contoh sumbangan Pengerusi Yayasan Albukhary,  Syed Mokhtar Albukhary, yang bukan hanya ke arah memperkasakan ekonomi rakyat, tetapi juga dalam menyokong pembangunan bidang seni dan sastera. Sumbangan dan dukungan itu seharusnya menyamai usaha mereka dalam menyokong bidang lain seperti pendidikan. “Sepertimana saya gesa ada usaha dalam pelbagai bidang pendidikan dan seni teater, ada usaha untuk (konglomerat) mendukungnya. “Kalau kita ada 30 konglomerat (dan mereka) ini…

Read More

Proklamasi: Polis rakam percakapan Dr M

KUALA LUMPUR 2 Jun – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dirakam percakapan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan kenyataan beliau mengenai institusi diraja serta proklamasi orang Melayu, hari ini. Setiausaha Polis Malaysia,  Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata sepasukan polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman merakam percakapan Dr Mahathir pukul 10.30 pagi ini. “Rakaman percakapan ke atas bekas Perdana Menteri itu dilakukan di Yayasan Albukhary, di sini mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah. “Siasatan dijalankan mengenai kenyataan Mahathir yang berunsur penghinaan terhadap institusi diraja…

Read More

“Jangan tembak kaki sendiri”

KUALA LUMPUR 2 Jun – “Jangan tembak kaki sendiri”. Itu ingatan kepada pemimpin UMNO supaya berhenti daripada terus menyalahkan sesama pimpinan di bawah Kerajaan Perpaduan, kerana ia tidak mendatangkan keuntungan kepada mana-mana pihak. Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata UMNO sebagai parti komponen kerajaan, perlu terus fokus untuk memastikan negara bergerak ke hadapan, mengutamakan kesejahteraan rakyat, dan terhadap pentadbiran negara. “Kita perlu membendung dan menguruskannya kerana tidak ada gunanya jika kita terus menyerang sesama sendiri dan ‘menembak kaki sendiri’ untuk memuaskan hati segelintir masyarakat. “Ia tanggungjawab bersama apabila…

Read More

Anwar, presiden parti Kerajaan diundang PAU

KUALA LUMPUR 2 Jun –  Perhimpunan Agung UMNO (PAU) bakal mencatat sejarah apabila pemimpin politik yang pernah menjadi musuh parti Melayu itu diundang menghadiri PAU yang dijadual berlangsung mulai 7 hingga 10 Jun ini. Mereka yang diundang itu termasuk Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kesemua 19 presiden parti politik gabungan Kerajaan Perpaduan. Setiausaha Agung UMNO Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyifatkan ia sebagai sejarah buat parti berkata Anwar dijadual akan menghadiri perhimpunan berkenaan tetapi tidak akan memberikan ucapan. “Tahun ini, sedikit kelainan dan bertuah kerana PAU akan turut dihadiri Perdana…

Read More

Muhyiddin sedia kerjasama dengan Dr M

KUALA LUMPUR 2 Jun –  Muhyiddin Yassin menyambut baik kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang bersedia bekerjasama dengannya demi matlamat untuk memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sedar perkembangan politik mutakhir ini meletakkan umat Melayu dan Islam di negara ini di suatu persimpangan yang getir. “Maka sebagai seorang Muslim, saya secara peribadi bersedia untuk bekerjasama dengan semua tokoh Melayu dan Islam termasuk Tun Dr Mahathir demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata beliau bersedia…

Read More

Krisis air 1998 dijangka tidak berulang

KUALA LUMPUR 2 Jun – Mengambil kira laporan cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Malaysia dijangka tidak berhadapan krisis bekalan air seperti pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini. Pengarah Bahagian Operasi Wilayah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Azrul Raimee Ramli, berkata, ia juga berdasarkan situasi fenomena pemanasan global pada masa kini. Katanya, pemantauan SPAN berhubung status semasa bagi 43 empangan air di seluruh negara setakat ini mendapati hampir keseluruhan empangan berada pada paras melebihi 90 peratus. “Hanya tujuh empangan sedang dipantau berikutan berlaku penurunan…

Read More