DAP jemput Pas sertai Kerajaan Perpaduan?

SEPANG 30 Mei – Isu siapa undang Pas sertai kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar ibrahim semakin menarik perhatian apabila Ketua Penerangan Pas, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin ‘menamakan DAP”. Pada masa yang sama, beliau membidas kenyataan Presiden UMNO, Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan Presiden Pas Abdul Hadi Awang ‘jangan nak perasan’ berhubung pelawaan itu. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, Presiden  UMNO itu tidak ‘buat homework’ dalam menjawab isu ini. “Hakikatnya Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang terlebih dahulu menjemput Pas menyertai Kerajaan Perpaduan kerana kedudukan kerajaan amat genting…

Read More

Agong hadir F1 Grand Prix Monaco

KUALA LUMPUR 30 Mei – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Gala sempena perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Monaco 2023 di Sporting de Monaco pada Ahad lalu. Berangkat sama Putera Monaco Putera Albert II. Menurut Facebook Istana Negara, keberangkatan baginda turut diiringi Puteri Charlene of Monaco dengan kehadiran sama paduka-paduka anakanda Seri Paduka. Terdahulu pada sebelah petang, Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat bersama Putera Albert II dan Puteri Charlene menyaksikan perlumbaan F1 Grand Prix Monaco yang berlangsung di Monaco F1 Main…

Read More

Anwar menghadap Sultan Terengganu

KUALA LUMPUR 30 Mei – Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjunjung kasih kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang menerima beliau menghadap tengah hari semalam. Beliau berkata pada sesi menghadap itu, beliau menyembah maklum perkembangan terkini berhubung pembangunan negara dan negeri Terengganu kepada baginda. Menerusi catatan di laman Facebook, Anwar berkongsi beberapa keping gambar bersama baginda. Anwar turut mendoakan semoga Sultan Mizan serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Ini adalah kali kedua Anwar menghadap Sultan Mizan selepas mengangkat…

Read More

Raja Nurshirwan Ketua Pengarah MKN

PUTRAJAYA 30 Mei –  Raja Nurshirwan Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang baharu berkuat kuasa hari ini. Ketua Setiausaha Negara (KSN), Mohd Zuki Ali, berkata Raja Nurshirwan berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam dengan pengkhususan kepada hubungan antarabangsa. Beliau menggantikan Rodzi Md Saad yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) menggantikan Dr Yusof Ismail. Raja Nushirwan, pernah ditempatkan di pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Sweden, Singapura dengan jawatan terakhir beliau adalah sebagai Duta Besar di Kedutaan Besar Malaysia di Beijing,…

Read More

Rodzi kini Ketua Pengarah MAMPU

KUALA LUMPUR 30 Mei – Rodzi Md Saad dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi menggantikan Dr Yusof Ismail berkuat kuasa hari ini. Dalam satu kenyataan, MAMPU berkata, Rodzi berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun dan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan dan pengurusan bencana. Sebelum ini, Rodzi telah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sejak 15 Julai 2021. MAMPU turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Dr Yusof atas segala sumbangan dan khidmat bakti…

Read More

Lihat tujuan sebenar bina litar drag – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR 30 Mei –  Ismail Sabri Yaakob menggesa kerajaan meneruskan perancangan membina litar drag seperti yang dibentangkan sebelum ini dalam Belanjawan 2023 oleh kerajaan Keluarga Malaysia. Perdana Menteri Kesembilan itu berkata, ini kerana tujuan utama pembinaan litar drag ini adalah untuk memenuhi aspirasi anak muda dan menghindarkan golongan itu daripada terlibat dengan budaya tidak sihat “Kerajaan seharusnya melihat secara mendalam tujuan sebenar pembinaan litar drag ini dan bukannya mengambil keputusan untuk tidak meneruskannya dengan memberikan pelbagai alasan. “Tujuan utama pembinaan litar drag ini adalah untuk menghindarkan golongan muda daripada…

Read More

Ismail Sabri rai wartawan Indonesia

KUALA LUMPUR 30 Mei – Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob meraikan Hari Wartawan  Nasional (HAWANA) 2023 dengan meluangkan masa bersama pengamal media Malaysia dan Indonesia pada satu majlis makan malam di sini. Majlis itu antara lain bertujuan menghargai peranan pengamal media kedua-dua negara, khususnya dalam memastikan hubungan akrab berterusan antara Malaysia dan Indonesia. Dalam ucapannya, Ismail Sabri turut menekankan kepentingan memastikan kelangsungan hubungan akrab antara Malaysia dan Indonesia terus dijaga dan dipelihara demi kepentingan serta kesejahteraan kedua-dua negara. “Hubungan baik dua negara ini harus terus dipupuk secara formal dan…

Read More

Agong utus tahniah kepada Erdogan

KUALA LUMPUR 30 Mei – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan atas pemilihan semula sebagai Presiden Turkiye baru-baru ini. Menurut catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka menzahirkan harapan agar Malaysia dan Turkiye dapat terus bekerja rapat bagi membawa kemajuan dan kemakmuran untuk kedua-dua negara dan rakyatnya. Malaysia dan Turkiye telah menjalin hubungan diplomatik sejak 1964 dan tahun lalu, Turkiye adalah rakan dagang serta destinasi eksport terbesar Malaysia dan sumber import keenam paling utama dalam kalangan negara Asia Barat. Al-Sultan…

Read More

Siapa tawarkan Pas sertai Kerajaan Perpaduan?

SEPANG 30 Mei –  Siapakah pemimpin atau wakil kerajaan yang menawarkan kepada Pas untuk bersama Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim? Persoalan ini timbul apabila Perdana Menteri menafikan dakwaan pemimpin Pas kononnya ada wakil daripada kerajaan yang menawarkan parti itu untuk bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan. Anwar berkata, beliau sama sekali tidak dimaklumkan berhubung perkara itu, malah ia tidak pernah dibincang pada peringkat pimpinan tertinggi kerajaan antara Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN). “Saya tidak dimaklumkan, saya tidak tahu sama sekali, tidak daripada saya dan pemimpin kerajaan, yang lainnya” katanya selepas…

Read More

Putra gesa kerajaan tubuh RCI LCS

SEPANG 30 Mei – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa Kerajaan Madani menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat secara terperinci isu penyelewengan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS). Presiden Putra, Dr Ibrahim Ali berkata, langkah itu perlu kerana LCS melibatkan satu lagi kerugian besar kepada negara dan ada kaitan dengan kepentingan keselamatan negara, Katanya, laporan siasatan itu apabila siap hendaklah dibentangkan di Dewan Rakyat dan diumumkan kepada rakyat. Dalam satu kenyataan, Ibrahim turut mencadangkan sidang RCI dibuat secara terbuka bagi membolehkan rakyat mengikuti sepenuhnya perkembangan isu berkenaan yang disifatkan sebagai…

Read More