Pintu sempadan masih ditutup

MALAYSIA masih kekal menutup pintu sempadan negara kepada warga asing, bagi membendung penularan pandemik Covid-19, kata  Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob.

Dalam kenyataannya, warga asing dari 23 negara berisiko tinggi termasuk Bangladesh, tidak dibenarkan memasuki Malaysia kecuali dengan kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia.

Selain Bangladesh, kerajaan turut menutup pintu sempadan kepada Amerika Syarikat, Brazil, India, Rusia, Peru, Colombia, Afrika Selatan, Mexico, Sepanyol, Argentina, Chile, Iran, United Kingdom, Arab Saudi, Pakistan, Perancis, Turki, Itali, Jerman, Iraq, Filipina dan Indonesia.

Jabatan Imigresen belum lagi menukar polisi ini atau mencadangkan kepada kerajaan untuk melonggarkan kemasukan (pekerja warga asing).

Related posts

Leave a Comment