KUALA LUMPUR 24 Mei – Pinjaman peribadi adalah punca utama berhutang dalam kes kebankrapan, iaitu 49.22 peratus berbanding pinjaman kewangan yang lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said,. Azalina berkata pinjaman peribadi itu meliputi pinjaman bercagar atau tidak bercagar dari institusi perbankan, pinjaman peribadi daripada pemberi pinjam wang (money-lender) selain dari institusi perbankan dan ‘friendly-loan’ daripada orang perseorangan. Katanya, selain itu kes kebankrapan melibatkan pinjaman perniagaan pula adalah sebanyak 17.05 peratus, pinjaman perumahan sebanyak 8.28 peratus dan hutang kad kredit sebanyak 6.35 peratus.…
Read MoreDay: May 24, 2023
Misi mencari Hawari tamat Ahad ini
KUALA LUMPUR 24 Mei – Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Muhammad Hawari Hashim, 33, yang hilang di kawasan pergunungan Everest akan ditamatkan Ahad ini. Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dr K Nagulendran, berkata keputusan itu dibuat susulan notis oleh kerajaan Nepal yang menutup semua aktiviti di pergunungan Everest mulai Isnin depan. Justeru dalam tempoh itu, beliau berharap Hawari yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran dapat ditemui dalam keadaan selamat. Katanya, kerajaan melalui KBS akan menghulurkan bantuan kewangan bernilai RM1.48 juta kepada…
Read MoreKenaikan OPR untungkan bank – Guan Eng
PETALING JAYA 24 Mei – Tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalam (OPR) sebanyak tiga peratus tidak menguntungkan rakyat, sebaliknya membawa keuntungan kepada sektor perbankan. Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, menegaskan tiada sebab untuk BNM menaikkan OPR ketika ini, apabila inflasi teras sudah mampu dikawal secara perlahan, malah menghentikan kenaikan OPR pada Januari dan Mac apabila kadar inflasi lebih tinggi. Katanya , walaupun BNM tidak menaikkan OPR pada Januari dan Mac tahun ini, kedua-dua inflasi utama dan inflasi teras turun ke paras terendah dalam tempoh 34 bulan lalu,…
Read MoreJenazah pendaki tiba dibawa ke hospital
KUALA LUMPUR 24 Mei – Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, selamat tiba di Everest Base Camp pada pukul 9.50 pagi waktu Nepal hari ini. Menurut hantaran misi ME 2023 di Facebook, jenazah akan dibawa ke Lukla menggunakan helikopter, sebelum dibawa ke hospital di Kathmandu. Menurut Ketua Misi ME 2023, Azim Afif Ishak, jenazah Allahyarham dibawa turun dari kem empat menggunakan pengusung dengan bantuan oleh enam malim gunung. Pada Isnin, proses membawa turun jenazah ditangguhkan berikutan masalah cuaca. Selain itu, berlaku…
Read MoreCermat dalam isu kalimah Allah – Sultan Johor
JOHOR BAHRU 24 Mei – Kerajaan Persekutuan perlu memperhalusi dengan cermat dan sebaiknya kesan keputusan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan isu kalimah Allah. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah, ini kerana ia berkait rapat dengan isu yang berada dalam sempadan agama Islam dan sentimen umat Islam negara ini. Titah baginda, peraturan, tindakan kawalan, penguatkuasaan dan penyelarasan mengenai kalimah Allah perlu diperincikan tanpa menjejaskan fatwa dan enakmen negeri, supaya keharmonian dan perpaduan masyarakat majmuk terus terpelihara. “Saya tetap berpendirian bahawa penerbitan, percetakan, penyiaran dan pengedaran sebarang…
Read MorePM harap LIMA ‘23 kukuh hab aeroangkasa, maritim
LANGKAWI 24 Mei – Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini melahirkan harapan supaya Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ’23) akan mengukuhkan Malaysia sebagai hab serantau bagi industri aeroangkasa dan maritim. Beliau berkata dengan berbuat demikian akan membolehkan negara bergerak lebih dekat ke arah merealisasikan Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIB) dan Pelan Induk Perkapalan Malaysia. “Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kedua-dua menteri peneraju bersama LIMA ’23, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke, serta pasukan masing-masing yang memacu inisiatif ini,” katanya…
Read More9 kerajaan, 5 pembangkang sertai PAC
KUALA LUMPUR 24 Mei – Dua belas Ahli Parlimen, dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi Penggal Parlimen Ke-15. Lantikan itu melengkapkan keanggotaan PAC seramai 14 orang, terdiri daripada sembilan Ahli Parlimen kerajaan dan lima pembangkang. Pemilihan anggota PAC dibuat Jawatankuasa Pemilih, semalam, selepas Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin daripada Perikatan Nasional (PN) dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa itu, bulan lalu. Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi daripada Pakatan Harapan (PH) sebagai Naib Pengerusi. Ahli PAC yang baru dilantik ialah Syahredzan Johan (PH-Bangi), Vivian Wong Shir…
Read MoreRM11.2 bilion Wang Tak Dituntut
KUALA LUMPUR 24 Mei – Sehingga 30 April lalu, sebanyak RM11.2 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) direkodkan di Jabatan Akauntan Negara, kata Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan. Katanya, daripada jumlah tersebut, dianggarkan 70 peratus adalah wang dalam akaun bank yang tidak aktif dalam tempoh tujuh tahun atau lebih. Dua lagi kategori WTD adalah wang yang tidak dibayar kepada empunya seperti gaji, bonus dan dividen dalam tempoh setahun atau lebih serta wang lebihan dalam akaun perdagangan antara pembekal dan syarikat dalam tempoh dua tahun atau lebih. “Sehingga semalam, kita sudah kembalikan…
Read MoreBerita pilihan…
Lebih 7 juta kanak-kanak terancam
NEW YORK: Kanak-kanak di Afrika berhadapan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini termasuk kelaparan, perpindahan, kekurangan air dan rasa tidak selamat. Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), lebih tujuh juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang mengalami kekurangan zat makanan, memerlukan segera bantuan pemakanan. Lebih membimbangkan, 1.9 juta kanak-kanak berisiko mati akibat kekurangan zat makanan yang teruk. Wilayah ini kini perlahan-lahan pulih daripada kemarau terburuk dalam tempoh 40 tahun dan akibat kekurangan hujan sepanjang tiga tahun lepas, masyarakat yang mudah terjejas itu hilang ternakan lembu, tanaman dan…
Read More