RM11.2 bilion Wang Tak Dituntut

KUALA LUMPUR 24 Mei – Sehingga 30 April lalu, sebanyak RM11.2 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) direkodkan di Jabatan Akauntan Negara, kata Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan.

Katanya, daripada jumlah tersebut, dianggarkan 70 peratus adalah wang dalam akaun bank yang tidak aktif dalam tempoh tujuh tahun atau lebih.

Dua lagi kategori WTD adalah wang yang tidak dibayar kepada empunya seperti gaji, bonus dan dividen dalam tempoh setahun atau lebih serta wang lebihan dalam akaun perdagangan antara pembekal dan syarikat dalam tempoh dua tahun atau lebih.

“Sehingga semalam, kita sudah kembalikan sebanyak RM3.3 bilion kepada rakyat yang membuat tuntutan,” katanya ketika menjawab soalan asal Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengenai jumlah WTD setakat 31 Mac 2023.

Menurut Ahmad, apa yang kerajaan lakukan daripada WTD ini ialah sebanyak RM10 bilion, dimasukkan dalam simpanan tetap dan daripada simpanan tetap itu, kerajaan memperoleh RM250 juta setahun sejak 10 tahun lalu.

“Wang sebanyak RM250 juta itu kita kembalikan semula dan wang disatukan digunakan untuk pembangunan dan bantuan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Kui Lun dalam soalan tambahan bertanya adakah kerajaan bercadang mewujudkan dana biasiswa pendidikan daripada WTD bagi membantu pelajar-pelajar yang layak dan tidak mempunyai sumber kewangan, selain usaha kerajaan untuk menjejaki pemlik WTD.

Ahmad berkata, kerajaan boleh mempertimbangkan untuk memberikan biasiswa kepada pelajar yang layak daripada wang berjumlah RM250 juta yang diperoleh hasil daripada simpanan tetap berjumlah RM10 bilion.

“Tetapi setakat ini kita berikan untuk hal-hal secara umum untuk kembalikan duit itu kepada rakyat. Kumpulan wang disatukan ini ada tiga, pertama akaun hasil disatukan di mana kita masukkan RM3 bilion daripada WTD.

“Kedua, akaun amanah yang disatukan dan disitu (diletakkan) sebanyak RM7 bilion daripada WTD, manakala RM10 bilion, ia dimasukkan dalam simpanan tetap dan baki RM1 bilion lagi untuk pusingan pembayaran,” jelas beliau.

Ahmad berkata, pemilik WTD boleh menuntut wang masing-masing melalui

portal eGUMIS.

Related posts

Leave a Comment