9 kerajaan, 5 pembangkang sertai PAC

KUALA LUMPUR 24 Mei – Dua belas Ahli Parlimen, dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi Penggal Parlimen Ke-15.

Lantikan itu melengkapkan keanggotaan PAC seramai 14 orang, terdiri daripada sembilan Ahli Parlimen kerajaan dan lima pembangkang.

Pemilihan anggota PAC dibuat Jawatankuasa Pemilih, semalam, selepas Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin daripada Perikatan Nasional (PN) dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa itu, bulan lalu.

Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi daripada Pakatan Harapan (PH) sebagai Naib Pengerusi.

Ahli PAC yang baru dilantik ialah Syahredzan Johan (PH-Bangi), Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan), Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong), Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin), Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) dan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju).

Selain itu, Dr Richard Rapu (GPS-Betong), Azli Yusof (PH-Shah Alam),  Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu), Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik),  Ali Baju (PN-Saratok) dan Dr Halimah Ali (PN-Kapar).

Related posts

Leave a Comment