Ayam rampasan habuan Zoo Negara

ALOR SETAR 13 Mei – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), menyerahkan lima tan keratan ayam sejuk beku dari Thailand, hasil rampasan yang sudah dilucut hak kepada Zoo Negara, Jumaat lalu.

MAQIS dalam kenyataannya memaklumkan, keratan ayam dalam 417 kotak itu yang dianggarkan bernilai RM30,000 diserahkan kepada Zoo Negara selepas tindakan penguatkuasaan dilakukan.

Semua hasil rampasan itu dilakukan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

MAQIS menyebut, sumbangan keluaran pertanian itu adalah satu daripada cara pelupusan selepas disita dan dilucut hak mengikut tatacara perundangan di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

MAQIS terus komited dalam memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma dan makanan, yang diimport dan dieksport bebas daripada ancaman perosak, penyakit, bahan cemar serta mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan,” katanya.

Related posts

Leave a Comment