37 darjah Celcius tertinggi di Singapura

SINGAPURA 13 Mei – Suhu 37 darjah Celsius direkod di negara ini hari ini, suhu tertinggi sepanjang tempoh 40 tahun, ketika gelombang haba meletus membakar sebahagian besar Asia Tenggara dan Selatan. Menurut Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) di Facebook.hari ini, suhu tertinggi hari ini menyamai rekod untuk puncak harian yang dicatatkan pada April 1983. “Keadaan semasa yang panas dan kering dijangka berterusan esok. Taburan hujan sekejap-sekejap yang dijangka minggu depan boleh membantu mengurangkan suhu panas,” kata agensi itu. NEA melaporkan Mei adalah antara bulan yang direkod paling panas dalam setahun.…

Read More

Kawasan panas tahap satu meningkat

PUTRAJAYA 13 Mei – Sebanyak 30 kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga setakat pukul 5.30 petang ini berbanding 17 kawasan yang direkodkan semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia) dalam kenyataan di laman web rasminya memaklumkan, kawasan berkenaan adalah di Perlis diikuti di Kedah yang melibatkan Baling, Kota Setar, Bandar Baharu, Padang Terap, Kubang Pasu, Kuala Muda, Pendang, Kulim, Sik dan Kuala Muda. Ini diikuti Hulu Perak, Kinta, Kuala Kangsar di Perak; Kuala Krai, Pasir Mas; Bentong, Bera, Jerantut, Lipis, Maran, Raub, Rompin, Temerloh; Kuala Lumpur;…

Read More

Ayam rampasan habuan Zoo Negara

ALOR SETAR 13 Mei – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), menyerahkan lima tan keratan ayam sejuk beku dari Thailand, hasil rampasan yang sudah dilucut hak kepada Zoo Negara, Jumaat lalu. MAQIS dalam kenyataannya memaklumkan, keratan ayam dalam 417 kotak itu yang dianggarkan bernilai RM30,000 diserahkan kepada Zoo Negara selepas tindakan penguatkuasaan dilakukan. Semua hasil rampasan itu dilakukan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Bukit Kayu Hitam. MAQIS menyebut, sumbangan keluaran pertanian itu adalah satu daripada cara pelupusan selepas disita dan dilucut hak mengikut tatacara perundangan di bawah…

Read More

14 selebriti calon PDIP hadapi PEMILU

JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) mengesahkan 14 selebriti budayawan, seniman dan artis bakal mewakili parti politik itu pada Pilihan Raya Umum (PEMILU) 2024. Menurut laporan portal dan media Indonesia hari ini, Setiausaha Agung PDIP, Hasto Kristiyanto, mengumumkan nama-nama calon berkenaan termasuk Kris Dayanti yang dicalonkan sekali lagi pada pilihan raya kali ini. Turut disenaraikan adalah pelakon veteran yang juga penggiat politik Rano Karno di samping Rieke Diah Pitaloka; Harvey Malaihollo; Junico Siahaan; Once Mekel; Marcell Siahaan dan Taufik Hidayat Udjo. Selain itu, Denny Cagur; Tamara Geraldine; Sari Yok Koeswoyo…

Read More

Cukai: Waris si mati perlu bayar atau tidak

PUTRAJAYA 13 Mei – Tunggakan cukai si mati wajib dibayar atau tidak? Itu persoalan yang timbul apabila Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Dr Mohd Nizom Sairi, berkata waris bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang komitmen si mati, termasuk pengurusan cukai pendapatan. BH dalam laporan eksklusifnya pada Khamis lalu menyatakan Seksyen 74 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) menetapkan sebarang tunggakan cukai pendapatan tidak boleh dihapuskan secara automatik walaupun individu terbabit disahkan meninggal dunia. Ada berpandangan wajib bersegera ‘melepaskan tanggungan’ si mati dengan melangsaikan hutang yang sumbernya diambil daripada…

Read More

Jangan salah guna visa umrah, pelancong tunai haji

PUTRAJAYA 13 Mei – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengingatkan umat Islam terutama bakal jemaah umrah supaya tidak menyalahgunakan visa pelancong dan visa umrah bagi tujuan menunaikan ibadah haji. Dalam kenyataan hari ini, MOTAC mengingatkan demikian bagi memastikan tiada jemaah umrah mengambil kesempatan tinggal lebih masa di Tanah Suci sehingga masuk musim haji dijangka bermula minggu ketiga bulan depan Kementerian itu turut mengingatkan syarikat pengendali umrah dan jemaah supaya menyelesaikan ibadah umrah sebelum sesi musim haji bermula, selain akur dengan peraturan semasa yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi. MOTAC…

Read More

450,000 kanak-kanak Sudan jadi pelarian

NEW YORK: Agensi Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menjangka sekurang-kurangnya 450,000 kanak-kanak di Sudan terpaksa menjadi pelarian akibat pertempuran yang berterusan. Dianggarkan 82,000 kanak-kanak melarikan diri ke negara jiran, manakala kira-kira 368,000 lagi kehilangan tempat tinggal, kata UNICEF dalam satu kenyataan. Selama berminggu-minggu negara Afrika yang dilanda konflik itu diselubungi keganasan antara Angkatan Tentera Sudan (SAF) dengan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF). Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell berkata, konflik kejam di Sudan mengakibatkan korban yang dahsyat ke atas kanak-kanak di negara itu. “Beribu-ribu mengalami peristiwa yang sangat…

Read More

Tiga kes jangkitan Zika di Singapura

SINGAPURA 13 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura mengesahkan tiga kes tempatan jangkitan virus Zika di mana semua kes melibatkan sama ada mereka yang tinggal atau bekerja di Kovan, kawasan yang terletak di bandar Hougang. Dalam satu kenyataan bersama Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) semalam, MoH memaklumkan, dua orang berada di rumah dan semakin pulih manakala seorang dirawat di hospital dan stabil. Menurut kenyataan itu,  tiada siapa daripada tiga kes itu hamil yang jika dihangkiti boleh merencatkan perkembangan otak janin dan mengakibatkan bayi dilahirkan dengan kepala kecil, dikenali ‘microcephaly’. Zika,…

Read More