Kawasan panas tahap satu meningkat

PUTRAJAYA 13 Mei – Sebanyak 30 kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga setakat pukul 5.30 petang ini berbanding 17 kawasan yang direkodkan semalam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia) dalam kenyataan di laman web rasminya memaklumkan, kawasan berkenaan adalah di Perlis diikuti di Kedah yang melibatkan Baling, Kota Setar, Bandar Baharu, Padang Terap, Kubang Pasu, Kuala Muda, Pendang, Kulim, Sik dan Kuala Muda.

Ini diikuti Hulu Perak, Kinta, Kuala Kangsar di Perak; Kuala Krai, Pasir Mas; Bentong, Bera, Jerantut, Lipis, Maran, Raub, Rompin, Temerloh; Kuala Lumpur; Kuala Selangor,; Jelebu, Jempol, Tampin dan Muar .

Di Sabah pula terdapat satu kawasan iaitu Kinabatangan manakala tiada kawasan tahap satu di Sarawak.

Tahap Berjaga-Jaga adalah suhu maksimum harian 35-37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/

Related posts

Leave a Comment