KLUANG 2 Mei – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menjelaskan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun, di sini semalam bukan disebabkan strok haba seperti dilaporkan sebuah akhbar atas talian hari ini. Pengarah JKNJ, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad, berkata kanak-kanak berkenaan dimasukkan ke wad kerana sawan selepas demam panas sehari sebelum dan mempunyai gejala batuk selama tiga hari. Dalam satu kenyataan JKNJ yang turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa menjelaskan kematian kanak-kanak itu disahkan sebagai ‘septic shock secondary to Meningoencephalitis’ “Hasil siasatan yang dijalankan di Hospital Enche’ Besar…
Read MoreDay: May 2, 2023
UMNO – PH tidak bertembung di Pulau Pinang
TANJONG 2 Mei – Pakatan Harapan (PH) dan UMNO Pulau Pinang sudah mencapai kata sepakat untuk memastikan tidak berlaku pertembungan sesama sendiri, dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Persetujuan itu dicapai dalam perbincangan semalam, yang memberi tumpuan kepada rundingan kerusi majoriti Melayu yang bakal ditandingi di Pulau Pinang. Ketua Menteri merangkap Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, yang diberi mandat mengumumkan hasil rundingan itu, berkata kedua-dua belah pihak sepakat supaya tidak menentang di antara satu sama lain. “Kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama kerana kita tidak mahu melihat…
Read MoreReezal Merican dilantik Pengerusi Matrade
KUALA LUMPUR 2 Mei – Bekas Ahli Parlimen Kepala Batas, Reezal Merican Naina Merican dilantik sebagai pengerusi kesembilan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berkuat kuasa serta-merta. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan kerajaan dan telah berkhidmat sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2021-2022), Menteri Belia dan Sukan (2020-2021) dan Timbalan Menteri Luar (2015-2018). Selain itu, beliau ialah Pengerusi Amanah Raya Bhd dari 2013 hingga 2015. “Saya berbesar hati diberikan peluang untuk berkhidmat sebagai pengerusi Matrade. Menerusi peranan ini, ditambah pula dengan kepimpinan menteri MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri),…
Read MorePahang tangguh bentang RUU antilompat parti
LIPIS 2 Mei – Apakah sudah ada kelemahan atau masih perlu diperbaiki? Itu persoalan yang timbul apabila pembangkang di Pahang meminta lebih masa untuk mengkaji Rang Undang-undang (RUU) antilompat parti sebelum dibentangkan. Menurut Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail, RUU antilompat parti tidak akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada 8 Mei ini kerana pembangkang meminta dilanjutkan penelitian dan kerajaan negeri bersetuju. Katanya, beliau sudah mengarahkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk berbincang dengan pembangkang dan pembangkang meminta penangguhan sementara sebelum ia dibentangkan. “Pembangkang memaklumkan mereka memerlukan lebih…
Read More21,000 kunjungi Istana Terbuka
SINGAPURA : Sempena Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dan Hari Pekerja, kira-kira 21,000 orang mengunjungi Istana bermula pukul 8.30 pagi hingga 6 petang semalam. Presiden Halimah Yacob dan suaminya, Mohammed Abdullah Alhabshee hadir meraikan sambutan itu yang dikatakan mencatatkan kehadiran tertinggi sejak pandemik Covid-19. Pengunjung berpeluang menyaksikan pelbagai persembahan termasuk pancaragam, tarian dan dikir barat oleh kumpulan pelajar dari pelbagai sekolah dan institut pengajian tinggi. Mereka juga melawat Kolam Angsa yang telah dipertingkatkan dan baru dilancarkan Presiden Halimah pada awal April. Pengunjung juga menyertai beberapa kegiatan lain termasuk lawatan berpandu…
Read MoreBerita pilihan…
Konflik Sudan cetus 800,000 pelarian?
KHARTOUM: Konflik di Sudan boleh memaksa 800,000 orang menjadi pelarian berikutan pertempuran antara puak tentera bertelagah berterusan di ibu negara walaupun gencatan senjata dipersetujui. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi amaran itu berkata, penduduk Sudan berjumlah sekitar 46 juta orang dan kira-kira 73,000 sudah meninggalkan negara itu. Ratusan orang terbunuh dan ribuan lagi cedera dalam pertempuran selama 16 hari sejak pertikaian antara tentera Sudan dan kumpulan separa tentera, Pasukan Tindakan Pantas (RSF) meletus menjadi konflik pada 15 April. Krisis itu mencetuskan bencana kemanusiaan, membawa kemusnahan ke Khartoum, selain berisiko menarik…
Read MoreCalon PM Thailand lahir cucu ke-7 Thaksin
BANGKOK: Calon Perdana Menteri bagi pilihan raya Umum (PRU) Thailand Paetongtarn Shinawatra, selamat melahirkan seorang bayi lelaki, iaitu dua minggu sebelum pemilihan berlangsung. Paetongtarn, 36, yang juga dikenali gelaran ‘Ung Ing’ adalah salah seorang daripada tiga calon perdana menteri dari Parti Pheu Thai pada PRU 14 Mei ini di mana tinjauan pendapat menunjukkan beliau menduduki tempat pertama atau kedua. Anak bongsu kepada bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra itu memuat naik gambar bersama pasangannya dan bayi mereka yang diberi nama Prutthasin Sooksawas di media sosial semalam. “Hello, nama saya Prutthasin Sooksawas,…
Read More