21,000 kunjungi Istana Terbuka

SINGAPURA : Sempena Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dan Hari Pekerja, kira-kira 21,000 orang mengunjungi Istana bermula pukul 8.30 pagi hingga 6 petang semalam.

Presiden Halimah Yacob dan suaminya, Mohammed Abdullah Alhabshee hadir meraikan sambutan itu yang dikatakan mencatatkan kehadiran tertinggi sejak pandemik Covid-19.

Pengunjung berpeluang menyaksikan pelbagai persembahan termasuk pancaragam, tarian dan dikir barat oleh kumpulan pelajar dari pelbagai sekolah dan institut pengajian tinggi.

Mereka juga melawat Kolam Angsa yang telah dipertingkatkan dan baru dilancarkan Presiden Halimah pada awal April.

Pengunjung juga menyertai beberapa kegiatan lain termasuk lawatan berpandu di bangunan utama Istana, yang membolehkan mereka melihat bilik-bilik di Istana serta koleksi hadiah yang diberikan kepada pemimpin Singapura.

(Foto Fb Presiden)

Related posts

Leave a Comment