Pelantikan Azeez belum muktamad

IPOH 10 April – Pelantikan Bekas Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum muktamad dan akan diteliti semula, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, perkara itu sudah dibincangkan antara beliau bersama Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri (TPM),  Ahmad Zahid Hamidi. Anwar berkata, penelitian semula dilakukan berikutan surat pelantikan juga belum dihantar kepada Abdul Azeez. “Saya juga berbincang dengan Presiden UMNO iaitu TPM, … (jadi) akan kita teliti semula memandangkan belum ada (surat) pelantikan,” katanya kepada pemberita ketika meninjau pengagihan…

Read More

Sibuk nak raya jangan lupa Lailatulqadar

SEJAK kebelakangan ini kecoh juga isu tarikh Hari Raya Aidilfitri. Ramalan dibuat mengenai jumlah hari puasa seterusnya hari raya. Ramai yang tertanya-tanya adakah akan terjadi seperti sebelum ini apabila kita berhari raya secara ‘mengejut’? Mungkin disebabkan kejutan itu ramai yang lebih bersedia tahun ini. Bersedia untuk menyusun hari balik kampung bagi mengelakkan kesesakan dan membuat persediaan juadah ketupat, lemang, rendang dan pelbagai lagi. Namun di sebalik persediaan menyambut Aidilfitri, berapa ramai yang berminat untuk ambil peduli bilakah kemunculan Malam Lailatulqadar? Berapa ramai yang sudah bersedia untuk mencari bilakah Lailatulqadar? Ketika…

Read More

Tuntutan palsu: Azlan Man mengaku tak bersalah

KANGAR 10 April – Bekas Menteri Besar Perlis, Azlan Man, 64, mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melibatkan tuntutan palsu berjumlah lebih RM1.18 juta yang dilakukan pada tahun 2013 hingga tahun 2017. Pengakuan berkenaan dibuat selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa dihadapan Hakim Norsalha Hamzah di Mahkamah Sesyen 1 Kangar, pada Isnin. Berdasarkan kelima-lima pertuduhan, Azlan  didakwa mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu melibatkan kos bagi tiket penerbangan, hotel penginapan dan pengangkutan ke London yang dikemukakan sebagai kemudahan ‘Cuti Seberang Laut’ sedangkan tidak ada perjalanan seperti yang dituntut. Bagi pertuduhan pertama…

Read More

Naik usia kenderaan masih bersyarat

PUTRAJAYA 10 April – Kenaikan had usia 15 tahun ke atas semua kenderaan e-hailing di seluruh negara masih tertakluk kepada kelulusan pemeriksaan berkala bagi memastikan hanya kenderaan yang mematuhi syarat-syarat teknikal dan ciri-ciri keselamatan dilesenkan untuk beroperasi. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada satu sidang media berkata, pengendali kenderaan teksi dan e-hailing yang sudah mencapai had usia 10 tahun perlu membuat permohonan semula bagi membolehkan pelanjutan tempoh maksimum 15 tahun. Katanya, dengan dasar baharu yang berkuatkuasa pada 1 Januari lalu, kerajaan membenarkan semua kenderaan yang berusia lebih 10 tahun, namun masih…

Read More