Sindiran kawan makan kawan

SEPANG 28 Dis. – Tiada ucapan tahniah sebaliknya sindiran bagi mengalu-ngalukan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah sebagai Menteri Besar yang baharu di Istana Arau, di sini hari ini.

Walaupun tidak secara langsung, tetapi beberapa pemimpin Pas dilihat seolah-olah  smelahirkan rasa ‘tidak puas hati’ di mana jawatan itu kini disandang wakil Bersatu.

Bendahari Pas, Iskandar Abdul Samad,,  memuat naik status ringkas mengenai pengkhianatan yang disifatkanya tidak boleh dibiarkan tanpa dihukum.

“Saya tak sedih tetapi gembira kerana sekarang kita tahu warna sebenar mereka. Pengkhianatan tidak boleh dibiarkan tanpa dihukum,” katanya.

Abu Bakar yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu negeri mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baharu di Istana Arau, di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menimbulkan persoalan mengenai hubungan antara parti itu dengan Bersatu, tidak berapa lama selepas pelantikan Menteri Besar Perlis yang baharu selesai.

“Kawan makan kawan. Bermaksud kawan sudah memilih menjadi lawan,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu memuat naik kenyataan berunsur sindiran itu kepada pihak tertentu yang dipercayai merujuk kepada Bersatu.

Sebelum ini Ahmad Fadhli menyarankan tindakan tegas Bersatu terhadap lima ADUN parti itu yang menarik sokongan kepada bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Ahmad Fadhli berkata, kegagalan Bersatu bertindak sedemikian akan menimbulkan keraguan terhadap kesediaan parti itu untuk meneruskan kerjasama dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu, Naib Presiden Pas,  Mohd Amar Abdullah, turut memberi gambaran bahawa parti itu seolah-olah mengakui berlaku perpecahan antara parti gabungan dalam PN.

“Apakah retak menanti belah,” katanya, hari ini.

Sebelum ini, tiga ADUN Pas Perlis menyertai lima wakil rakyat Bersatu menyerahkan akuan bersumpah (SD) kepada Raja Perlis, menyatakan tidak lagi menyokong kepemimpinan Mohd Shukri.

Hasil Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu, keahlian tiga ADUN Pas terbabit digugurkan berkuat kuasa serta-merta.

Related posts

Leave a Comment