Majlis khatam al-Quran, tahlil

MARAN 9 April – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berangkat ke Majlis Khatam al-Quran sempena Sambutan Nuzul al-Quran peringkat Pahang di sini hari inj.

Turut diadakan bacaan tahlil untuk Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah serta Almarhum Sultan Abu Bakar di Masjid Jamek Chenor di sini.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda Seri Paduka berdua.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua pada pukul  6.20 petang disambut oleh barisan pentadbiran negeri yang diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Majlis khatam al-Quran dan bacaan Yasin dipimpin oleh Johan Tilawah al-Quran Antarabangsa 2003, Ahmad Faizul Ghazali. manakala Mufti Pahang Dr Abdul Rahman Osman memimpin bacaan tahlil.

Pada majlis itu, Seri Paduka berdua berkenan mengurniakan sumbangan kepada golongan memerlukan sebelum berbuka puasa dengan penduduk daerah Maran di pekarangan masjid.

Related posts

Leave a Comment