PH-BN: Penyandang kekal kerusi pada PRN

BAYAN LEPAS 8 April – Semua kerusi penyandang sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN) akan kekal kepada parti berkenaan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dinenam negeri.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kata sepakat itu dicapai menerusi perbincangan awal membabitkan pembahagian kerusi untuk PH dan BN pada PRN, baru-baru ini.

Katanya, perbincangan pusingan pertama antara PH dan BN bersetuju membabitkan beberapa parameter yang akan memandu ke arah pengagihan kerusi pilihan raya, antaranya kerusi penyandang kekal untuk parti yang menang pada PRU14.

Beliau berkata, perbincangan peringkat negeri dijalankan di Selangor dan Kedah manakala bagi Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dijadualkan dalam tempoh terdekat.

Dalam perbincangan pusingan pertama PH dan BN, semua bersetuju meletakkan beberapa parameter yang diumum baru-baru ini.

“Selangor sudah berunding dengan Kedah semalam, manakala Pulau Pinang dan Negeri Sembilan sudah dijadualkan tetapi belum bermula,” katanya.

Saifuddin Nasution yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) Madani di sini, hari ini.

Beliau berkata, taklimat berhubung tatacara rundingan antara dua parti komponen Kerajaan Perpaduan berlangsung di Terengganu semalam dan disusuli Kelantan selepas ini.

“Segala keputusan peringkat Sekretariat Pusat perlu dimaklumkan ke peringkat bawah,” katanya.

Related posts

Leave a Comment