PH-BN: Penyandang kekal kerusi pada PRN

BAYAN LEPAS 8 April – Semua kerusi penyandang sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN) akan kekal kepada parti berkenaan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dinenam negeri. Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kata sepakat itu dicapai menerusi perbincangan awal membabitkan pembahagian kerusi untuk PH dan BN pada PRN, baru-baru ini. Katanya, perbincangan pusingan pertama antara PH dan BN bersetuju membabitkan beberapa parameter yang akan memandu ke arah pengagihan kerusi pilihan raya, antaranya kerusi penyandang kekal untuk parti yang menang pada PRU14. Beliau berkata,…

Read More

Majlis khatam al-Quran, tahlil

MARAN 9 April – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berangkat ke Majlis Khatam al-Quran sempena Sambutan Nuzul al-Quran peringkat Pahang di sini hari inj. Turut diadakan bacaan tahlil untuk Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah serta Almarhum Sultan Abu Bakar di Masjid Jamek Chenor di sini. Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda Seri Paduka berdua. Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua pada pukul  6.20 petang disambut oleh barisan pentadbiran negeri yang diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Majlis khatam al-Quran dan…

Read More

Qada puasa jika berbuka dua minit awal

YAN 8 April – Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan, memohon maaf atas kesilapan  melaungkan azan Maghrib dua minit sebelum masuk waktu sebenar pada hari Khamis 8 Ramadan bersamaan 30 Mac 2023. Timbalan Pengerusi Masjid Jame’ Badlishah Ahmad Nasir, berkata kesilapan itu disebabkan berlakunya masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid berkenaan. Justeru umat Islam di kawasan berkenaan yang bergantung kepada laungan azan Masjid Jame’ Badlishah untuk berbuka puasa pada 30 Mac lalu, diminta melakukan puasa ganti atau qada. Ini susulan berlaku kesilapan apabila azan masjid itu dilaungkan dua…

Read More

MUIS minta jemaah amal sikap rahmah

SINGAPURA 8 April – Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menghargai kerjasama para jemaah yang memahami isu ruang terhad bagi masjid menampung kehadiran mereka untuk solat Jumaat susulan cuti umum Good Friday.  Menurut MUIS, sebanyak 57 masjid mengadakan dua sesi solat Jumaat semalam dan jemaah perlu menempah slot lebih awal. Bagaimanapun apa yang menyedihkan ada jemaah didapati berkongsi tempahan slot mereka itu dengan yang lain sehingga menafikan tempat bagi jemaah yang membuat tempahan yang sah. Pada masa yang sama ada juga jemaah yang pergi ke masjid tanpa membuat tempahan dan perlu…

Read More

Terus tekan hentikan kekejaman Israel

KUALA LUMPUR 8 April – Malaysia perlu terus berusaha menekan institusi antarabangsa, sama ada melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) supaya campur tangan menghentikan kekejaman dan jenayah Israel serta membebaskan semua tahanan Palestin. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Malaysia tidak boleh berdiam diri susulan tindakan keji tentera Israel yang beberapa kali menceroboh pekarangan Haram Al-Sharif dan melakukan serangan tidak berperikemanusiaan terhadap jemaah awam Palestin di Masjid al-Aqsa. Bekas Perdana Menteri itu menegaskan, PN mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas sejak beberapa hari lalu,  lebih-lebih lagi…

Read More

Singapura dipilih anggotai UNCND

SINGAPURA 8 April  – Singapura dipilih sebagai negara anggota Suruhanjaya Dadah Narkotik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCND) bagi tempoh bermula tahun depan sehingga 2027. Menteri Dalam Negeri Kedua Singapura, Josephine Teo berkata, ini adalah kali pertama Singapura berusaha mendapatkan keanggotaan badan penggubal dasar utama berkaitan dadah bawah PBB selepas menjadi pemerhati sejak 1997. “Kami berbangga dipilih dan akan terbabit secara aktif bersama negara anggota lain ke arah menangani masalah dadah di dunia,” katanya melalui Facebook. Kali pertama Singapura mengumumkan hasrat menyertai pemilihan untuk keanggotaan CND ialah pada April 2021, sebelum menjadi…

Read More

Covid-19: Kes naik mendadak di India

MUMBAI: Pemerintah persekutuan India meminta negeri-negerinya untuk mengenal pasti kawasan kecemasan dan mempergiatkan lagi pelaksanaan ujian Covid-19 susulan lonjakan jumlah kes paling tinggj sejak September lalu. Menurut laporan media, sebanyak 6,050 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam, trend kenaikan kes secara mendadak, hampir tiga kali lebih tinggi daripada sekitar 2,000 kes yang dilaporkan pada hujung Mac lalu. Ketika mesyuarat bagi menyemak tahap kesiapsiagaan negeri-negeri, Menteri Kesihatan Mansukh Mandaviya meminta negeri-negeri untuk meningkatkan pelaksanaan ujian genom dan menjalankan latihan di hospital. Tahap penularan varian XBB.1.16, yang diklasifikasikan sebagai varian…

Read More