Rauf sasar sifar pembangkang di Melaka

AYER KEROH 6 April –  Ketua Menteri,  Ab Rauf Yusoh menyasarkan kerajaan negeri pimpinannya sifar pembangkang menjelang pembentangan Enakmen Anti Lompat Parti di negeri itu, yang dijadual diadakan pada Jun ini. Justeru harapannya menjelang Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jun ini, kedua-dua wakil rakyat pembangkang yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dapat menyertai Kerajaan Perpaduan yang sudah dibentuk ketika ini. Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu adalah, Dr Yadzil Yaakub (Bemban) dan  Dr Mohd Aleef Yusof (Sungai Udang). “Kita hanya tinggal dua orang pembangkang (dan) saya sasar sebelum Enakmen…

Read More

Kedaulatan negara tidak boleh dikompromi

KUALA LUMPUR 6 April – Kawasan cari gali Petronas yang dirujuk oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini adalah dalam wilayah Malaysia dan tidak boleh dirundingkan walaupun dituntut oleh negara China. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia mesti tegas mempertahankan kedaulatan wilayah dan keselamatan negara bagi melindungi hak dan tuntutan wilayah negara. Katanya kenyataan Perdana Menteri tentang keterbukaan Malaysia untuk berunding ke atas hak wilayahnya telah mengundang risiko ancaman kedaulatan negara. “Kenyataan Perdana Menteri yang dibuat di Parlimen ini adalah amat lemah, amat tidak bertanggungjawab dan…

Read More

Agong ke Bazar Ramadhan Tanjong Tokong

TANJONG 6 April – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat Bazar Ramadan Tanjong Tokong di sini, hari ini. Dengan memandu sendiri kenderaan rasmi, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah tiba di bazar itu pukul  4 petang,. Baginda berdua ditemani tiga anakanda, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah serta Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah. Ketibaan Seri Paduka berdua disambut dan diiringi kenamaan utama negeri, diketuai…

Read More

80,000 guna MRT Putrajaya setiap hari

SEPANG 6 April – Lebih kurang 80,000 penumpang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya setiap hari sejak mula beroperasi 16 Mac lalu, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau berkata, trend jumlah penumpang itu akan terus meningkat walaupun semasa dua minggu pertama perkhidmatan secara percuma, jumlah penumpang mencecah 100,000 setiap hari. “Apabila mula kutip tambang pada 1 April lalu, jumlah penumpang lebih kurang 80,000. Jadi itu perkara biasa. Kalau percuma, memang ramai orang akan guna,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Tenaga Diperbaharui Express Rail Link Sdn Bhd…

Read More

Penerbangan tambahan Hari Raya Aidilfitri

SEPANG 6 April – Syarikat pengangkutan udara turut menyediakan penerbangan tambahan termasuk ke Sabah dan Sarawak bagi menampung jumlah penumpang yang meningkat sempena Hari Raya Aidilfitri, tidak lama lagi. Menteri Pengangkutan Anthony Loke, berkata, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) juga sudah membentangkan penambahan penerbangan itu dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, semalam. Katanya, banyak penerbangan tambahan telah diluluskan dan jumlah penerbangan tambahan itu akan diumumkan tidak lama lagi manakala harga tetap untuk penerbangan seperti diumumkan sebelum ini, turut dilaksanakan. Beliau berkata, Malaysia Airlines juga akan menggunakan pesawat ‘wide body’ (pesawat lebih besar) untuk…

Read More

Jenayah keji terhadap rakyat Palestin

PUTRAJAYA 6 April –  Komuniti antarabangsa terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) digesa memastikan rejim Israel bertanggungjawab terhadap serbuan ke atas rakyat Palestin di Kompleks Masjid Al-Aqsa, semalam. Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menyifatkan serangan itu sebagai jenayah keji, juga mendesak Israel membebaskan segera semua tahanan Palestin yang ditahan semasa serbuan yang menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin cedera. “Masyarakat antarabangsa mesti menuntut rejim Israel menghentikan serta-merta sebarang tindakan provokasi demi kepentingan keamanan dan kestabilan. “Malaysia terus menyokong kuat dalam bersolidariti bersama rakyat Palestin dan mengulangi pendirian bahawa status Al-Quds…

Read More

Syed Ibrahim Pengerusi Bukan Eksekutif MDEC

CYBERJAYA 6 April – Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), berkuat kuasa 1 April lalu. MDEC dalam kenyataan hari ini, memaklumkan Syed Ibrahim berpengalaman luas dalam bidang telekomunikasi selama 25 tahun di Telekom Malaysia Bhd, iaitu dari 1989 hingga 2014 dengan jawatan terakhir ialah penolong pengurus besar. “Beliau juga mempunyai pengalaman termasuk dalam bidang pengurusan perhubungan pelanggan, pengurusan projek, pemasaran dan jualan perdagangan, segmentasi dan analisis serta pengurusan teknologi maklumat dan sistem,” kata MDEC. Syed Ibrahim, 59 memenangi Pilihan…

Read More

BKK kakitangan awam Pulau Pinang

TANJONG 6 April – Semua kakitangan awam di negeri ini akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Aidilfitri sebanyak 0.75 gaji bulanan atau minimum RM1,500 mulai 17 April ini, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. Dalam kenyataannya, Kon Yeow berkata, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) meluluskan bantuan itu semalam yang turut membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri. “Sebagai tambahan, BKK berjumlah RM300 masing-masing turut disalurkan kepada penyelia dan guru Kelas al-Quran serta Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR) dan guru sekolah menengah agama rakyat…

Read More