Azeez Rahim Pengerusi KEDA

JITRA: Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang baharu hari ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Abdul Azeez  menggantikan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memegang jawatan itu sebelum ini. “Pelantikan ini diharap dapat mengeratkan jalinan agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan kerajaan negeri,” katanya ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan KKDW di sini. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr…

Read More

Pertahan institusi masjid daripada politik

MELAKA 5 April –  Umat Islam diingatkan supaya terus mempertahankan institusi masjid daripada menjadi gelanggang politik mana-mana pihak sehingga membawa kepada perpecahan dalam kalangan masyarakat. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika mengingatkan demikian bertitah, masjid perlu menjadi institusi yang cukup suci, mulia dan dihormati, sekali gus menjadi contoh kepada agama-agama lain. “Kita tak mahu adanya institusi masjid ini tempat kita berpecah-belah…nauzubillah. Kita semua harus menentukan keharmonian masjid ini dipelihara oleh kita umat Islam, bukan pemimpin semata-mata tetapi kariah masjid berkenaan. Saya akan sentiasa ingatkan khususnya di…

Read More

Seri Paduka kunjungi bazar Ramadan

MELAKA 5 April – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat Bazar Ramadan Peringgit, di sini hari ini. Baginda berdua berangkat tiba di bazar itu pada pukul 4.45 petang dengan Yang di-Pertuan Agong sendiri memandu kenderaan rasmi. Ketibaan Seri Paduka berdua disambut dan diiringi kenamaan utama negeri, diketuai Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim dan barisan…

Read More

Laporan nahas ‘Double Six’ minggu depan

PUTRAJAYA 5 April – Laporan penuh berhubung nahas udara ‘Double Six’ membabitkan pesawat Sabah Air pada 6 Jun 1976 yang mengorbankan ramai pemimpin utama Sabah akan didedahkan kepada umum selewat-lewatnya minggu depan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pendedahan laporan itu akan dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan berikutan keputusan kerajaan menyahklasifikasikan laporan itu. “Selama ini, kerajaan tidak memutuskan untuk menghebahkan (laporan ini) di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972. “Hari ini, Jemaah Menteri mengambil pandangan dikemukakan rakyat Sabah selama bertahun-tahun dan tuntutan dibuat waris serta selari dengan dasar keterbukaan diamalkan Kerajaan…

Read More

Kematangan politik bermula di Melaka

AYER KEROH 5 April – Pembentukan Kerajaan Perpaduan menerusi pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) hari ini, menandakan bermulanya satu penjanaan kuasa politik era baharu di negara ini. Ketua Menteri,  Ab Rauf Yusoh berkata, kebersamaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam pembentukan kerajaan campuran itu menunjukkan kematangan politik sebenarnya bermula dari Melaka. “Oleh itu, saya mengambil tanggungjawab (sebagai Ketua Menteri) bersama pucuk kepemimpinan UMNO terutama Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberikannya amanah dan tanggungjawab ini, sekali gus mencerminkan Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat…

Read More

10 Timbalan Exco Melaka diumum esok

MELAKA 5 April – Sepuluh Timbalan Exco kerajaan negeri Melaka akan diumumkan esok yang akan turut membabitkan wakil daripada Pakatan Harapan (PH) sekali gus mencerminkan Kerajaan Perpaduan. Ketua Menterinya Ab Rauf Yusoh berkata, semua Exco akan mempunyai timbalan masing-masing. “Komposisinya (senarai Timbalan Exco) cantik, menarik dan meletakkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berperanan untuk bersama-bersama dengan Exco yang dilantik di bawah pentadbiran saya menjadi lebih mantap,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka di hadapan…

Read More

10 ADUN angkat sumpah Exco Melaka

AYER KEROH 5 April –  Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk seorang mewakili PH – DAP mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), hari ini. Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Seri Negeri bermula kira-kira pukul 8.45 pagi. ADUN Paya Rumput Datuk Rais Yasin yang dilantik sebagai Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri mendahului senarai tujuh muka lama dan tiga…

Read More