10 ADUN angkat sumpah Exco Melaka

AYER KEROH 5 April –  Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk seorang mewakili PH – DAP mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), hari ini.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Seri Negeri bermula kira-kira pukul 8.45 pagi.

ADUN Paya Rumput Datuk Rais Yasin yang dilantik sebagai Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri mendahului senarai tujuh muka lama dan tiga muka baharu mengangkat sumpah.

Berikut senarai barisan kepemimpinan Negeri Melaka yang baharu.

1. DATUK SERI AB. RAUF YUSOH
Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET

2. DATUK RAIS YASIN
Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana

3. DATUK ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya

4. DR. MUHAMAD AKMAL SALEH
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan

5. FAIRUL NIZAM ROSLAN
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital

6. DATUK KALSOM NORDIN
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti

7. VP. SHANMUGAM
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO

8. NGWE HEE SEM
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan

9. DATUK HAMEED MYTHEEN KUNJU BASHEER
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan

10. SEAH SHOO CHIN (ADUN PH)
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna

11. DATUK RAHMAD MARIMAN
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama

Related posts

Leave a Comment