Komponen Kerajaan Perpaduan pentadbiran Melaka

KUALA LUMPUR 2 April – Parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan akan turut dilibatkan dalam pembentukan struktur baharu pentadbiran kerajaan negeri Melaka dengan membabitkan beberapa portfolio. Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jawatan Timbalan Exco juga mungkin diwujudkan untuk melibatkan rakan-rakan parti komponen Kerajaan Perpaduan. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri mengesahkan telah bertemu Ketua Menteri Melaka yang baharu, Ab Rauf Yusoh berhubung pembentukan barisan Exco Negeri Melaka. “Tadi saya telah dikunjungi Ketua Menteri Melaka yang baharu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk mengemukakan senarai nama barisan…

Read More

Tidak wajar keluarkan cecair vape daripada Akta Racun

KUALA LUMPUR 2 April – Kerajaan digesa menarik semula keputusan mengeluarkan cecair vape yang mempunyai nikotin daripada Akta Racun sehingga Parlimen meluluskan Rang Undang- Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok yang akan mewujudkan Generasi Penamat Rokok dan Vape yang lahir selepas tahun 2007. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh berkata, ketetapan kerajaan berhubung perkara itu ketika ini disifatkan satu tindakan yang tidak bijak dan tidak wajar. Dr Akmal berkata, implikasi terhadap kesihatan rakyat dalam jangka masa yang panjang adalah jauh lebih penting dari keuntungan yang diperoleh hasil dari…

Read More

Berbuka puasa di Arab Street

LEBIH 1,000 orang menyertai majlis berbuka puasa beramai-ramai di Arab Street, Singapura semalam anjuran One Kampong Gelam (OKG). Majlis itu sebahagian daripada acara “Raikan Cahaya Ramadan 2023″ yang bertujuan memupuk semangat kemasyarakatan serta, menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan Sebanyak 200 meja disediakan di sepanjang Arab Street di mana orang ramai diberikan pilihan untuk menempah meja sendiri ataupun menaja meja untuk tujuan amal bagi penerima bantuan Baitul Mal Masjid Sultan dan GRC Jalan Besar. Acara tersebut turut dihadiri Menteri Pembangunan Negara, Desmond Lee dan Pengerusi One Kampong Gelam, Zaki Ma’arof.…

Read More

KKM ingatkan jangan sertai perhimpunan haram

PUTRAJAYA 2 April – Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan penjawat awam supaya tidak menyertai mana-mana perhimpunan haram. Ingatan itu selaras Surat Edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 30 Jun 2011 yang disiarkan di Facebook KKM. Unit Integriti kementerian itu menyatakan pembabitan penjawat awam dalam perhimpunan haram adalah melanggar Peraturan 4 (1) dan 4(2), P.U.(A) 395/1993. Surat edaran itu dipercayai merujuk ura-ura kumpulan doktor kontrak melakukan mogok pada Isnin hingga Rabu ini dengan menggesa pegawai perubatan itu mengambil cuti perubatan atau cuti kecemasan sebagai protes terhadap sistem tidak adil dan gaji rendah…

Read More

Lesen PJH Emraz Travel digantung

KUALA LUMPUR 2 April – Lembaga Tabung Haji (TH) menggantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Emraz Travel & Tours Sdn Bhd sebagai langkah awal untuk melindungi kebajikan bakal jemaah haji. Dalam satu kenyataan hari ini, TH menjelaskan keputusan itu diambil berikutan makluman beberapa aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah yang diberikan oleh syarikat tersebut. “Bakal haji yang memilih untuk mengerjakan haji melalui pakej swasta masih boleh memilih antara 22 lagi syarikat PJH yang dilesenkan,” kata kenyataan itu. TH juga mengingatkan, pihaknya sentiasa memantau prestasi syarikat PJH yang dilesenkan termasuklah perkhidmatan yang…

Read More

“Terima kasih rakyat jelata”

PUTRAJAYA 2 April – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail selamat menjalani pembedahan pada bahagian kaki dan buku lali sebelah kanan di Hospital Putrajaya (HPj) tengah hari semalam. Menurut Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, pembedahan bermula pukul 12 tengah hari dan mengambil masa selama 6 jam 40 minit di mana baginda menerima pembiusan setempat (Regional Anaesthesia). “Tuanku Syed Sirajuddin berada dalam keadaan stabil sepanjang tempoh pembedahan dan syukur Alhamdulillah selesai dengan jayanya,” titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Arau. Tuanku Syed Faizuddin menzahirkan ucapan terima…

Read More

Vape: Risiko tanpa akta baharu

KUALA LUMPUR 2 April – Tindakan kerajaan mewarta pengeculian cecair vape bernikotin dari Akta Racun 1952 boleh menyebabkan tiada tindakan boleh diambil terhadap penjualan dan pemasaran produk itu di negara ini. Justeru bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berharap, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat membawa Rang Undang-Undang Kawalan Merokok dengan segera bagi menutup kelompongan yang ada demi kesihatan awam. Dalam ciapan di Twitternya berhubung keputusan kerajaan semalam, Khairy  berkata meskipun pentadbiran lalu berhasrat mengenakan cukai terhadap produk cecair vape, ia tidak menandatangani warta untuk mengeluarkannya daripada jadual Akta Racun 1952. Ini…

Read More