LONDON 25 Mac – Muzium Victoria dan Albert (V&A) salah satu muzium terkemuka di dunia yang terletak di kota London menjadi tuan rumah untuk majlis berbuka puasa pada Jumaat, 24 Mac. Program dianjurkan oleh Projek Khemah Ramadhan (Ramadan Tent Project) yang disertai lebih 400 orang. Menurut laporan media sosial, pengasas projek tersebut Omar Salha memaklumkan tahun 2023 menandakan ulang tahun ke-10 projek itu. Projek itu dimulakan oleh sekumpulan pelajar di Sekolah Pengajian Oriental dan Afrika (SOAS) University London untuk berkongsi juadah berbuka puasa bersama-sama dengan penuntut antarabangsa. Omar Salha berkata badan amal itu akan…
Read MoreDay: March 25, 2023
Iftar bersama jemaah menteri
KUALA LUMPUR 25 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri dan perwakilan asing di Istana Negara, di sini malam ini. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang pulang daripada lawatan kerja rasmi ke Arab Saudi petang tadi, turut hadir pada majlis itu. Hadir sama, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof. Individu kenamaan lain yang turut hadir pada majlis itu…
Read MoreWan Fayhsal lakukan kesalahan jenayah?
KUALA LUMPUR 25 Mac – Lim Guan Eng mendakwa Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal telah melakukan kesalahan jenayah dengan membuat ‘laporan polis palsu’ terhadap dirinya dan juga Anwar Ibrahim. Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bagan itu berkata, ia berhubung fitnah bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa beliau (Guan Eng) telah membatalkan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary. Guan Eng mengingatkan Wan Ahmad Fayhsal bahawa membuat laporan palsu adalah satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan. “Anwar bercakap benar apabila berkata rekod dengan Kementerian Kewangan…
Read MoreMalaysia tunggu tambahan 350 jemaah haji
SEPANG 25 Mac – Malaysia masih menunggu jawapan daripada kerajaan Arab Saudi berhubung permohonan tambahan 350 lagi kuota haji bagi tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar. Beliau berkata rayuan bagi penambahan kuota itu sudah dikemukakan pada Januari dan Februari lalu berikutan pertambahan populasi penduduk negara ini yang sudah meningkat kepada 31.95 juta orang. Tahun ini, kuota yang diperuntukkan kepada Malaysia adalah 31,600, dan jika tambahan diluluskan ia membawa kepada 31,950 jemaah. Beliau berkata demikian selepas melancarkan Karnival Pengelola Jemaah Haji 1444H/2023 di Movenpick…
Read More3 Ramadhan
Berita pilihan…
12 lorong tambahan RFID sudah beroperasi
KUALA LUMPUR 25 Mac – Sebanyak 12 lorong tambahan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Lebuhraya Utara-Selatan mula beroperasi sejak 11 Mac lalu, kata Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata kerja penambahan lorong itu siap lebih awal berbanding perancangan asal yang dijangka siap pertengahan April depan. Plaza tol terlibat adalah Setia Alam, Subang, Jalan Duta, Putra Mahkota, Kajang, Kubang Semang , Sungai Besi, Shah Alam, Sungai Buloh, Rawang Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. Dalam satu kenyataan, beliau berharap agar pengguna juga turut mengamalkan kaedah penggunaan RFID yang betul. Januari…
Read MoreMangsa banjir Batu Pahat 253 orang
JOHOR BAHRU 25 Mac – Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat setakat pukul 8 pagi ini berkurangan kepada 253 orang (64 keluarga) yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS). Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dr Azmi Rohani, berkata jumlah itu menurun berbanding 369 orang (105 keluarga) pada semalam. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor berkata, sebuah PPS ditutup iaitu di Sekolah Agama Seri Bertam yang menempatkan enam orang daripada satu keluarga. Katanya , ke semua mangsa banjir dibenarkan pulang selepas kawasan kediaman mereka di Kampung Haji…
Read More