Wan Fayhsal lakukan kesalahan jenayah?

KUALA LUMPUR 25 Mac –  Lim Guan Eng mendakwa Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal telah melakukan kesalahan jenayah dengan membuat ‘laporan polis palsu’ terhadap dirinya dan juga Anwar Ibrahim.

Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bagan itu berkata, ia berhubung fitnah bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa beliau (Guan Eng) telah membatalkan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary.

Guan Eng mengingatkan Wan Ahmad Fayhsal bahawa membuat laporan palsu adalah satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

“Anwar bercakap benar apabila berkata rekod dengan Kementerian Kewangan menunjukkan bahawa sebagai Menteri Kewangan dari Mei 2018 hingga Februari 2020, saya tidak pernah membatalkan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary.

“Ini disokong oleh kegagalan Muhyiddin menunjukkan sebarang bukti atau menunjukkan surat pembatalan daripada saya semasa saya menjadi Menteri Kewangan.,” kata Guan Eng.

Semalam, Wan Fayhsal membuat laporan polis dengan mendakwa, Perdana Menteri membuat kenyataan yang mengelirukan di Dewan Rakyat ketika menyokong Guan Eng dan menggesa siasatan terhadap Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan itu, berhubung status pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary.

Guan Eng dalam kenyataan media hari ini berkata, Anwar betul dengan menyatakan bahawa pembatalan status pengecualian cukai terletak pada Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan bukannya Perdana Menteri atau Menteri Kewangan.

“Wan Ahmad Fayhsal kemudiannya memetik seksyen 44(6B) Akta Cukai Pendapatan 1967 sebagai bukti bahawa apa yang diperkatakan oleh Anwar adalah salah.

“Namun Wan Fayhsal menunjukkan kejahilan dan kedangkalan pengetahuannya tentang hal ekonomi, kewangan atau percukaian apabila seksyen 44(6B) merujuk kepada rayuan kepada Menteri dan bukannya Menteri yang memulakan pembatalan status dikecualikan cukai.

“Saya tidak melihat fail Yayasan Albukhary semasa saya menjadi Menteri Kewangan dan tidak berada dalam kedudukan untuk memutuskan sebarang rayuan kerana tiada satu pun dibuat oleh Yayasan Albukhary kepada saya,” katanya.

Beliau berkata, Wan Fayhsal sepatutnya memujuk Muhyiddin untuk mengeluarkan sebarang bukti surat pembatalan dan jika Muhyiddin gagal berbuat demikian, maka kedua-duanya membuat dakwaan kosong yang tidak berasas dan palsu.

Guan Eng juga mendakwa Wan Fayhsal silap kerana cuba membawa prosiding Parlimen kepada pihak polis dan jelas sekali beliau tidak menghormati dan memahami prinsip keluhuran Parlimen dalam Perlembagaan Persekutuan kita.

“Polis atau mana-mana cawangan kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk terlibat atau menyiasat perkara yang dibincangkan di Parlimen. Perkara perihal parlimen hanya boleh diputuskan Parlimen dan jika seseorang Ahli Parlimen tidak menjunjung prinsip ini ia menunjukkan beliau tidak layak menjadi ahli Dewan Rakyat,” katany

Related posts

Leave a Comment