12 lorong tambahan RFID sudah beroperasi

KUALA LUMPUR 25 Mac – Sebanyak 12 lorong tambahan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Lebuhraya Utara-Selatan mula beroperasi sejak 11 Mac lalu, kata Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata kerja penambahan lorong itu siap lebih awal berbanding perancangan asal yang dijangka siap pertengahan April depan.

Plaza tol terlibat adalah Setia Alam, Subang, Jalan Duta, Putra Mahkota, Kajang, Kubang Semang , Sungai Besi, Shah Alam, Sungai Buloh, Rawang Selatan dan Jambatan Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan, beliau berharap agar pengguna juga turut mengamalkan kaedah penggunaan RFID yang betul.

Januari lalu, Alexander mengumumkan penambahan 12 lorong RFID di beberapa plaza tol PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi mengatasi masalah kesesakan di lorong RFID yang telah banyak menimbulkan rungutan di kalangan pengguna.

Beliau memberi jaminan bahawa sistem RFID akan sentiasa dipastikan berada di dalam keadaan yang terbaik.

Namun, katanya beliau mengharapkan kerjasama daripada penggguna RFID di lebuh raya PLUS untuk sentiasa menggunakan Lorong RFID atau mod pembayaran yang sama ketika masuk dan keluar dari plaza tol.

Related posts

Leave a Comment