Fenomena penghijaban planet Zuhrah

BANGI 24 Mac – Selepas berbuka puasa lewat petang ini, ramai yang berkesempatan menyaksikan fenomena penghijaban planet Zuhrah dengan bulan yang dapat dilihat dengan jelas di kebanyakan lokasi di negara ini. Fenomena yang dikatakan bermula 7.38 malam memperlihatkan lintasan bulan amat dekat dengan planet Zuhrah pada waktu yang sama iaitu bermula waktu Maghrib hingga Isyak malam ini. Untuk rekod, kali terakhir fenomena sama berlaku di negara ini pada 27 Mei 2022. Sementara itu, Persatuan Astronomi Pulau Pinang melalui hantaran di Facebook memaklumkan kebanyakan kawasan di Malaysia dapat melihat planet Zuhrah…

Read More

Bubur lambuk Pahang

KUALA LUMPUR 24 Mac – Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang cukup dikenali dengan bakat dan kebolehan memasak, hari ini tampil menyediakan juadah bubur lambuk Pahang. Tahun ini, Tunku Azizah sekali lagi berkenan mencemar duli memasak resipi tradisi rakyat Pahang itu di pekarangan surau utama Istana Negara. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, turut mencemar duli membantu menyediakan juadah itu anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN) itu. Seri Paduka Baginda berdua dibantu kira-kira 200 pegawai dan kakitangan KEKSIN yang bergotong-royong seawal pukul…

Read More

UMNO ‘tidak ada lagi’ – Dr Mahathir

PUTRAJAYA 24 Mac – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mendakwa UMNO sudah gugur daripada perjuangan asalnya dan parti itu tidak ada lagi. “Yang wujud kini adalah ‘bangkai’ yang diperalat untuk menyelamat pemimpin yang bergelumang dengan jenayah,” katanya. “Apakah UMNO sudah diperalat oleh pemimpin yang durjana, yang menjadi UMNO alat untuk kepentingan pemimpinnya,” katanya dalam satu kenyataan melalui Facebooknya hari ini. Beliau merujuk kepada ketetapan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berhubung kebimbangan parti itu terhadap sentimen permainan kaum dan agama yang terus menular. MKT UMNO menggesa kerajaan mengambil tindakan…

Read More

BKKA RM700 dibayar 17 April

KUALA LUMPUR 24 Mac – Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 sebanyak RM700 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada 17 April ini. Bayaran akan diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 termasuk lantikan 87 kontrak. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dr. Zulkapli Mohamed, berkata pesara perkhidmatan awam pula akan menerima BKKA sebanyak RM350. BKKA tahun ini turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan berpencen, penerima pencen terbitan, pesaraan Skim Kumpulan Simpanan Pekerja, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen. Bagi pesara dan veteran yang…

Read More

24 negara dilanda wabak taun

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan 24 negara kini mencatatkan kes taun terutama di Afrika termasuk di Tanzania, Afrika Selatan, Zimbabwe dan Zambia. Agensi kesihatan antarabangsa itu, dalam satu kenyataan, WHO meningkatkan tahap amaran selepas wabak taun di seluruh dunia bertambah buruk. Menurut WHO, puting beliung tropika Freddy yang melanda Madagascar, Malawi dan Mozambique di Afrika Timur pada Februari lalu turut memburukkan lagi penularan wabak taun. Bencana alam taraf taufan kategori empat itu menyebabkan hujan lebat, banjir dan kerosakan pada sistem air termasuk pembetung, mendorong penyebaran wabak taun. Malawi dan…

Read More

Apabila nafsu mata atasi nafsu perut

BERBUKA di mana hari ini? Di rumah, pejabat, restoran, hotel, masjid atau surau? Semuanya terpulang kepada individu mengenai apa yang mereka mahu makan atau setakat mana kemampuan kewangan untuk berbelanja. Tidak kurang juga yang lebih selesa memasak sendiri sekiranya mereka suri rumah sepenuh masa, mempunyai anak yang ramai. Tetapi bagi yang bekerja, tidak sempat memasak atau malas ke dapur, Bazar Ramadan adalah pilihan yang lebih mudah. Juadah percuma pula tentunya boleh berkunjung ke masjid atau kebanyakan surau yang menyediakan makanan dan minuman ala kadar untuk berbuka. Tahun ini, majlis iftar…

Read More

Semoga Ramadhan ini lebih bermakna

SINGAPURA 24 Mac – Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam dan berharap Ramadan kali ini lebih bermakna kerana dapat meraikannya seperti sebelum pandemik Covid-19. Beliau berkata dengan tiadanya sekatan Covid-19, setelah tiga tahun, umat Islam bukan sahaja dapat solat Tarawih di masjid tanpa tempahan tetapi juga boleh berkunjung ke bazar-bazar Ramadan. “Aktiviti seperti solat Tarawih boleh dilakukan semula tanpa tempahan di 57 masjid. Bagi 10 masjid yang popular tetapi mempunyai ruang terhad, sistem tempahan perlu diadakan supaya mempermudahkan pengurusan jemaah. “Pada bulan yang mulia…

Read More

Keadaan banjir Batu Pahat makin pulih

JOHOR BAHRU 24 Mac – Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat, daerah paling teruk terjejas, turun kepada 419 orang daripada 113 keluarga setakat pukul 8 pagi ini berbanding 444 orang (124 keluarga), pada malam tadi. Mereka ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS), ketika keadaan semakin pulih. Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dr Azmi Rohani, dalam kenyataannya berkata tiada PPS ditutup walaupun jumlah mangsa berkurangan di PPS yang masih beroperasi. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor berkata, laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pula tidak mengeluarkan sebarang amaran hujan lebat…

Read More