Fenomena penghijaban planet Zuhrah

BANGI 24 Mac – Selepas berbuka puasa lewat petang ini, ramai yang berkesempatan menyaksikan fenomena penghijaban planet Zuhrah dengan bulan yang dapat dilihat dengan jelas di kebanyakan lokasi di negara ini.

Fenomena yang dikatakan bermula 7.38 malam memperlihatkan lintasan bulan amat dekat dengan planet Zuhrah pada waktu yang sama iaitu bermula waktu Maghrib hingga Isyak malam ini.

Untuk rekod, kali terakhir fenomena sama berlaku di negara ini pada 27 Mei 2022.

Sementara itu, Persatuan Astronomi Pulau Pinang melalui hantaran di Facebook memaklumkan kebanyakan kawasan di Malaysia dapat melihat planet Zuhrah dengan sangat dekat dan terang bersamaan magnitud -4.0.

“Dalam astronomi, ia berlaku apabila dua objek astronomi kelihatan berdekatan antara satu sama lain di langit.

Secara teknikal, kedua-dua objek akan mempunyai kenaikan kanan yang sama atau longitud ekliptik yang sama, seperti diperhatikan dari Bumi.

Dari beberapa bahagian Malaysia seperti di utara, Zuhrah akan kelihatan pergi di belakang anggota gelap bulan sabit, dan kemudian muncul dari sisi yang terang.

(Tiga Foto dari FB Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI)

Gambar latarbelakang biru diambil 7.40 malam

Related posts

Leave a Comment