UMNO ‘tidak ada lagi’ – Dr Mahathir

PUTRAJAYA 24 Mac – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mendakwa UMNO sudah gugur daripada perjuangan asalnya dan parti itu tidak ada lagi.

“Yang wujud kini adalah ‘bangkai’ yang diperalat untuk menyelamat pemimpin yang bergelumang dengan jenayah,” katanya.

“Apakah UMNO sudah diperalat oleh pemimpin yang durjana, yang menjadi UMNO alat untuk kepentingan pemimpinnya,” katanya dalam satu kenyataan melalui Facebooknya hari ini.

Beliau merujuk kepada ketetapan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berhubung kebimbangan parti itu terhadap sentimen permainan kaum dan agama yang terus menular.

MKT UMNO menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas bagi membendung fenomena yang boleh merosakkan keharmonian negara.

Berhubung ketetapan itu, Dr. Mahathir mengingatkan bahawa, keputusan MKT itu bertentangan dengan Perlembagaan UMNO Perkara 3.3 yang menyebut UMNO parti membela kepentingan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli…… (termasuk) perkara dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Bekas Presiden UMNO itu berkata, sekarang orang Melayu yang rancang melancar proklamasi berkenaan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu pun tidak dibenarkan.

“Proklamasi yang tidak sentuh kaum lain dianggap rasis.

“Jika orang Melayu tidak dibenar bincang masalah orang Melayu dan tidak boleh sentuh kaum lain, tidak pun boleh bincang akan ajaran agama Islam, maka akan terhapuslah kebebasan bersuara oleh orang Melayu.

“Apakah ini perjuangan UMNO. Apakah ini UMNO,” soal beliau.

Justeru. Beliau mengajak orang UMNO sedar bahawa UMNO sudah gugur perjuangan asalnya.

Related posts

Leave a Comment