Produk mengandungi pholcodine ditarik balik

PUTRAJAYA 23 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) membatalkan pendaftaran serta mengeluarkan arahan panggil balik terhadap semua produk mengandungi pholcodine. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata keputusan pada 20 Mac lalu itu dibuat berikutan terdapat risiko keselamatan yang dikesan boleh mengakibatkan anafilaksis, iaitu reaksi alahan teruk dan boleh mengancam nyawa. Beliau berkata, ia dengan penggunaan ubat pengendur otot (muscle-relaxant) atau neuromuscular blocking agents (NMBAs) ketika proses pembiusan umum (general anaesthesia), terutama kepada mereka yang pernah mengambil ubat mengandungi pholcodine dalam tempoh 12 bulan…

Read More

Tiada lagi hukuman penjara sepanjang hayat

KUALA LUMPUR 23 Mac –  Tiada lagi hukuman penjara sepanjang hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said. Katanya itu antara beberapa dasar baharu yang dipersetujui Kabinet pada mesyuarat Jumaat lalu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori. Azalina berkata ia akan digantikan dengan hukuman alternatif baharu iaitu penjara bagi tempoh antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali. “Selain itu, hukuman penjara sepanjang hayat sebagai satu hukuman dimansuhkan sepenuhnya dalam semua undang-undang; hukuman mati dimansuhkan…

Read More

Bantuan haji cecah RM500 juta pada 2024

KUALA LUMPUR 23 Mac – Jumlah bantuan kewangan haji akan meningkat kepada hampir RM500 juta pada 2024 jika bayaran bagi ibadat itu tidak disemak sekali gus  memberi kesan kepada aspek agihan keuntungan berpatutan kepada pendeposit Tabung Haji (TH). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Nai’im Mokhtar berkata, TH menjangka jumlah bantuan kewangan haji akan meningkat dari RM185 juta pada 2022 kepada RM400 juta pada 2023. Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Ahmad Saad@Yahaya (PN-Pokok Sena) yang meminta Perdana Menteri menyatakan asas pertimbangan kerajaan…

Read More

MRSM berbayar tidak guna peruntukan kerajaan

KUALA LUMPUR 23 Mac –  Penubuhan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar tidak akan menggunakan peruntukan kerajaan atau dibina di atas tanah rakyat miskin, kata Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), berkata kerajaan akan menggunakan inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan bekerjasama dengan institusi kewangan untuk pembiayaan MRSM terbabit. Katanya, permintaan untuk memasuki MRSM berada di tahap lebih 300 peratus daripada kemampuan dan hal itu perlu ditangani serta dilakukan dengan kaedah di luar kotak. “Kerajaan juga sudah melakukan kajian kebolehlaksanaan…

Read More

Mangsa banjir di Batu Pahat berkurangan

JOHOR BAHRU 23 Mac – Mangsa banjir di Batu Pahat semakin berkurangan dengan jumlah terbaharu setakat pukul 8 pagi, seramai 967 orang daripada 269 keluarga di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi. Setiausaha Kerajaan Negeri Johor,  Dr Azmi Rohani, berkata jumlah itu sedikit menurun berbanding 1,086 orang (299 keluarga) pada pukul 8 malam tadi. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor, berkata dua PPS ditutup membabitkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Telok Parit Yaani (sembilan orang) dan Dewan Orang Ramai Seri Medan (80 orang). Sementara…

Read More