Arab Saudi mula berpuasa Khamis

RIYADH :  Umat Islam di Arab Saudi akan memulakan ibadah puasa pada hari Khamis, 23 Mac 2023, iaitu permulaan bulan Ramadan.

Menurut laporan Haramain Sharifain, pengumuman tarikh permulaan puasa itu dibuat selepas anak bulan tidak kelihatan pada, Selasa.

Selain Arab Saudi, Kuwait juga mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis.

Sementara itu, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengeluarkan waktu bekerja kepada sektor awam dan swasta di negara itu ketika bulan Ramadan.

Kementerian Sumber Manusia UAE dalam pekelilingnya menetapkan waktu bekerja rasmi pekerja awam dan pihak berkuasa Persekutuan adalah mulai 9 pagi hingga 2.30 petang (Isnin hingga Khamis) dan 9 pagi hingga 12 tengah hari pada Jumaat.

Bagi sektor swasta pula, syif kerja akan dikurangkan dua jam pada bulan Ramadan.

Related posts

Leave a Comment