KUALA LUMPUR 20 Mac – Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan bantuan kewangan haji secara bersasar, walaupun kos ibadat itu naik kepada RM30,850, berbanding RM28,632 tahun lalu. TH menyediakan lebih RM400 juta bagi menampung sebahagian daripada kos jemaah haji kumpulan B40 dan M40 yang kali pertama menunaikan ibadat itu. Pengarah Eksekutif Haji TH, Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata bayaran haji jemaah muassasah kumpulan B40 kekal seperti kadar tahun lalu, iaitu RM10,980, susulan kerajaan bersetuju menanggung kenaikan kadar bayaran berjumlah RM1,000 bagi kategori itu untuk musim haji 1444H/2023M. Berbanding tahun lalu,…
Read MoreDay: March 20, 2023
31,600 surat tawaran haji mulai Rabu
KUALA LUMPUR 20 Mac – Mulai Rabu ini, Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran kepada 31,600 jemaah yang terpilih menunaikan ibadah haji tahun ini. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Amrin Awaluddin, berkata ia akan diedarkan secara berperingkat dan jemaah juga boleh menyemak melalui aplikasi THiJARI mulai 22 Mac ini. Bagaimanapun dalam kes tertentu, jemaah boleh terus mengunjungi mana-mana cawangan berdekatan. Katanya, jemaah yang menerima tawaran itu perlu lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat berkenaan dalam tempoh tujuh hari bekerja. Sementara itu, Pengarah Eksekutif Haji TH,…
Read MoreLip Eng berjaya kumpul RM2.5 juta bayar ganti rugi
KUALA LUMPUR 20 Mac – Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berjaya memperoleh dana RM2.25 juta untuk membayar ganti rugi kepada sebuah firma e-dagang dan pengasasnya seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi, minggu lalu. Justeru jumlah itu lebih daripada mencukupi dan meminta orang awam menghentikan sumbangan. “Tidak cukup untuk saya berterima kasih terhadap kebaikan dan bantuan ketika saat sukar ini. Saya berasa rendah diri dengan kemurahan hati itu,” katanya di laman Facebooknya, hari ini. Lip Eng berkata juruaudit bertauliah akan dilantik untuk memastikan akauntabiliti dan ketelusan dalam penyerahan derma itu. “Perjalanan…
Read MorePembangkang Johor kini Pengimbang
ISKANDAR PUTERI 20 Mac – Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diarahkan menggunakan istilah ‘pengimbang’ untuk merujuk kepada pembangkang di negeri ini sejajar dengan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, Khamis lalu. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata arahan itu susulan titah Sultan Johor yang menitahkan panggilan pembangkang adalah istilah yang tidak sesuai. “DUN Johor mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila Sultan Ibrahim menitahkan supaya wakil rakyat pembangkang di Johor digelar sebagai pengimbang. “Sebagaimana istilah pengimbang telah digunakan Machap (Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi)…
Read MoreBerita pilihan..
Pentomen imbau tragedi Kampung Tanduo
KUALA LUMPUR 20 Mac – Buat kali pertama dalam sejarah, Yang di-Pertuan Agong berangkat mencemar duli ke Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-216 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), pagi ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof, dan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail. Hadir sama Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani; Panglima Angkatan Tentera, Affendi Buang; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Ruji Ubi dan Timbalan Ketua Polis Negara, Razarudin Husain. Sambutan Peringatan Hari Polis ke-216…
Read MoreBanjir di Batu Pahat semakin pulih
JOHOR BAHRU 20 Mac – Banjir di Batu Pahat semakin pulih dengan bilangan mangsa turun kepada 10,396 orang daripada 2,977 keluarga, setakat pukul 8 pagi ini, berbanding 13,872 orang (3,985 keluarga) malam tadi. Setiausaha Kerajaan Johor, Dr Azmi Rohani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), berkata mangsa banjir berkenaan ditempatkan di 51 pusat pemindahan sementara (PPS). Katanya, lapan PPS sudah ditutup dalam tempoh itu, termasuk di Sekolah Agama (SA) Seri Bulan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Seth, Masjid Jamek Simpang Tiga Parit Sulong, dan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina…
Read MoreMedia Hari Ini Isnin 20.03.2023
Pemilihan UMNO kukuh Kerajaan Perpaduan
KUALA LUMPUR 20 Mac – Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Pemilihan UMNO 2023 membawa mesej kemenangan pasukan yang meyakinkan sekali gus berupaya memperkukuh kedudukan Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya ketika ini. “Setinggi tahniah kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan yang menunjukkan satu kemenangan pasukan yang meyakinkan dan dengan ini, ia akan memperkukuh Kerajaan Perpaduan,” kata Perdana Menteri Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan kali kedua di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam tadi. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad…
Read More