SPRM bangkitkan dua perkara

KENYATAAN MEDIA MUHYIDDIN YASSIN   1. Saya datang pagi tadi untuk membolehkan SPRM merakam percakapan tambahan saya. Saya hadir tanpa paksaan untuk membantu siasatan walaupun pada saya ini satu penindasan politik dan penganiayaan terhadap saya dan BERSATU. 2. SPRM membangkitkan 2 perkara iaitu: a) Projek JANAWIBAWA. b) Rayuan Pembatalan Cukai oleh TS Syed Mokhtar. 3. Janawibawa 3.1 Janawibawa adalah projek semasa Pandemik Covid-19 untuk membangunkan semula ekonomi negara khususnya untuk menyelamatkan kontraktor bumiputera yang akan jatuh bankrap. Sedihnya, ini dijadikan modal politik seolah-olah ini satu skim utk mencuri wang negara.…

Read More

Muhyiddin sedia jawab 7 pertuduhan

PUTRAJAYA 9 Mac – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjawab tujuh pertuduhan terhadapnya di mahkamah. Sambil menegaskan bahawa beliau tidak bersalah, Presiden Bersatu itu mendakwa pertuduhan yang dikenakan ke atasnya adalah bertujuan untuk memalukannya. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, pendakwaan terpilih ke atas dirinya ini adalah satu tindakan politik berniat jahat yang bertujuan untuk melumpuhkan dan menghancurkan Bersatu dan PN. “Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tahu bahawa PN mendapat sokongan padu daripada rakyat terutamanya orang Melayu dan Bumiputera dan akan menang besar dalam enam pilihan raya…

Read More

Cyberjaya berpotensi hospital rujukan

SEPANG 9 Mac – Hospital Cyberjaya berpotensi sebagai hospital rujukan utama untuk apa-apa bencana di pintu masuk negara iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA Terminal 1) dan KLIA Terminal 2. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata kedudukan strategik juga membolehkan Litar Antarabangsa Sepang dan Silicon Valley Cyberjaya juga dapat memanfaatkan perkhidmatan kesihatan di hospital itu. “Sejajar dengan usaha memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kesihatan negara, pembinaan Hospital Cyberjaya ini adalah bertujuan mengurangkan Bed Occupancy Rate (BOR) hospital-hospital di Lembah Klang yang tinggi. “Pada masa ini, kadar penggunaan katil di hospital-hospital…

Read More

Sultan Selangor rasmi Hospital Cyberjaya

SEPANG 9 Mac – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Hospital Cyberjaya hari ini yang bakal memanfaatkan kira-kira 282,000 penduduk di daerah Sepang dan sekitarnya. Hospital pakar major dengan 14 disiplin kepakaran itu juga akan membantu mengurangkan kesesakan dan kadar penggunaan katil di hospital berdekatan terutama di Hospital Serdang, Hospital Kajang dan Hospital Putrajaya. Antara disiplin kepakaran adalah Perubatan Am, Pembedahan Am, Pediatrik, Obstetrik dan Ginekologi, Perubatan Kecemasan dan Bius, Perkhidmatan Patologi, Radiologi serta Diet dan Sajian. Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda…

Read More

Anwar tidak campur SPRM panggil Muhyiddin

KUALA LUMPUR 9 Mac – Anwar Ibrahim menolak dakwaan pihak tertentu yang mengatakan semua kes membabitkan pemimpin parti yang disiasat atau dihadapkan ke mahkamah bermotifkan politik. Justeru Perdana Menteri juga menegaskan beliau tidak mencampuri urusan membabitkan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang dipanggil memberi keterangan, dipercayai berhubung kes salah guna dana awam. Beliau sebaliknya berkata, perkara itu di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). “Itu tengok kes. Saya tidak campur tetapi saya beritahu semua agensi termasuk SPRM dan Peguam Negara, tengok kes. “Jadi orang setuju tak setuju, (kena) tengok…

Read More

Mangsa banjir Johor 45,048

JOHOR BAHRU 9 Mac – Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat dengan mencatatkan 45,048 orang setakat pukul 8 pagi ini melibatkan 12,746 keluarga yang ditempatkan 186 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah terjejas. Berbanding pada pukul 8 malam tadi, jumlah yang direkodkan adalah 42,851 orang melibatkan 12,083 keluarga yang ditempatkan di 186 PPS. Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dr Azmi Rohani berkata, jumlah mangsa di Batu Pahat masih meningkat manakala di lima daerah lain, terus menurun manakala satu daerah jumlah kekal, pagi ini. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa…

Read More

24,000 mohon sertai projek IPR

KUALA LUMPUR 9 Mac – Kira-kira 24,000 permohonan diterima bagi mengusahakan 323 hektar tanah milik Kerajaan Persekutuan untuk projek tanaman fertigasi bagi membantu miskin tegar dan kumpulan B40 menerusi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata permohonan itu direkodkan selepas hampir dua minggu IPR dilancarkan melalui tiga komponen diperkenalkan iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN). “Di peringkat permulaan, tumpuan diberikan kepada tanaman strategik seperti cili dan jagung. Selain itu, sejumlah kira-kira 800 ekar tanah Kerajaan Persekutuan telah dikenal pasti untuk…

Read More

Covid-19: 229 kes tempatan, 6 import

PUTRAJAYA 9 Mac – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam terus mencatatkan peningkatan dengan merekodkan 235 kes termasuk enam kes import berbanding 226 kes termasuk tiga kes import kelmarin. Menurut data portal KKMNow, jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,044,439 yang meliputi 5,005,732 kes tempatan dan 38,707 kes import. Satu kematian baharu direkodkan semalam, iaitu kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan jumlah yang meninggal dunia setakat ini 36,967 orang termasuk 7,877 kes BID. Sementara itu, jumlah kes aktif naik sedikit kepada 9,253 berbanding 9,235 kelmarin, dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,916…

Read More